assalamualaikum wbt
Saya ada sedikit kemusykilan tentang solat.
Sepengetahuan saya, anggota2 yang wajib bersentuh dgn bumi ketika sujud adalah:
1. dahi
2. dua tapak tangan
2. kedua lutut
4. Kedua tapak ibu jari kaki.
soalan saya:
a. adakah hidung juga wajib bersentuh dgn bumi?
b. bagaimana kalau ketika sujud, tgn atau tapak ibu jari kaki kita bergerak2 kecil (tapi masih bersentuh dgn bumi). Adakah sah solat kita?
Di harap dapat respon kpd soalan saya.
Terima kasih.
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
a) Dalam hadis yang masyhur tentang anggota sujud yang diriwayatkan oleh Bukhari (no: 779) dan Muslim (no: 490) Nabi SAW menyebut anggota sujud ialah tujuh anggota, antaranya DAHI, tanpa menyebut hidung. Tetapi ketika menyebut dahi, baginda menunjukkan ke arah hidung.
Maka dari sini timbul perselisihan adakah meletakkan hidung wajib ataupun sunat sahaja.
Namun, pendapat yang mengatakan wajib dikuatkan dengan riwayat Muslim, Nabi SAW menaskan dengan kata-kata "Aku diperintahkan sujud di atas tujuh (anggota); dahi, hidung, dua tangan, dua lutut dan dua kaki".
Walaupun bergitu, hidung tidak dianggap satu anggota. Cuma dikira sebagai ikutan kepada dahi.
Ulama yang berpendapat sunat pula mentakwilkan suruhan sujud di atas hidung sebagai suruhan sunat.
b) pergerakan kecil di dalam solat tidak menjejaskan sahnya solat. Begitu juga ketika sujud, selagi anggota-anggota sujud masih tetap di atas tanah.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com