:salam
Sekiranya kita bersolat atas sejadah yang dibawahnya ada karpet, kemudian pada karpet tu di luar tempat sejadah kita ada najis, boleh ke?
Kadang-kadang kedudukan badan kita pun melampaui alas (sejadah) ... tapi tak kena lah, cuma kat karpet tu ada najis.
Sah ke tak solat?
:wassalam
Para fuqaha’ menerangkan bahawa antara syarat sah solat ialah suci tempat sujud. Dalilnya ialah kisah Nabi perintah tuangkan satu baldi air ke atas najis air kencing Arab badwi yang datang ke masjid Nabi. (Bukhari dan Muslim)
Manakala merujuk kepada persoalan anda iaitu najis di luar tempat sejadah. Mungkin maksud anda ialah najis di luar kawasan sujud. Sekiranya najis itu tidak terkena pada tempat solat anda atau anda tidak menanggung najis tersebut maka solat anda adalah sah.
Imam al-Nawawi menegaskan :
ÅÐÇ ßÇä Úáí ÇáÈÓÇØ Ãæ ÇáÍÕíÑ æäÍæåãÇ äÌÇÓÉ ÝÕáí Úáí ÇáãæÖÚ ÇáäÌÓ áã ÊÕÍ ÕáÇÊå æÇä Õáí Úáí ãæÖÚ ØÇåÑ ãäå ÕÍÊ ÕáÇÊå ÞÇá ÇÕÍÇÈäÇ ÓæÇÁ ÊÍÑß ÇáÈÓÇØ ÈÊÍÑßå Ãã áÇ áÇäå ÛíÑ ÍÇãá æáÇ ãÇÓ ááäÌÇÓÉ æåßÐÇ áæ Õáí Úáì ÓÑíÑ ÞæÇÆãå Úáí äÌÇÓÉ ÕÍÊ ÕáÇÊå æÇä ÊÍÑß ÈÍÑßÊå
Maksudnya : “Jika ada atas carpet atau tikar atau seumpamanya najis, maka ia solat atas tempat najis, solatnya tidak sah. Sekiranya ia solat di tempat yang suci daripadanya, maka sah solatnya. Kata ashab kami : sama ada carpet itu bergerak dengan sebab pergerakannya atau tidak bergerak. Ini kerana ia tidak menanggung dan tidak menyentuh najis tersebut. Begitu juga sekiranya ia solat di atas katil yang mana kaki-kaki katil ada najis, hukumnya sah solat sekalipun katil bergerak sebab pergerakakannya”. [RUJUK al-Majmuk 3/152]
:aklam