SJ-05-0525 : Qiamullail sebelum tidur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0525 : Qiamullail sebelum tidur

Salam wbt.

Ana ni jenis yang sangat sukar untuk bangun (bukannya bangun tidur balik, tapi mmg tak bangun) sebelum azan subuh, tapi hati betul2 nak qiam. kalau boleh nak hari2.

baru2 ni ana ada mendengar bahawa terdapat sokongan dalil yang menyatakan boleh qiamullail (tahajud, taubat, hajat, witir, etc2) sebelum tidur. Benarkah? dan apakah dalil yang menyokongnya?

Semoga soalan ana dapat memberi manfaat pada ana, dan juga pembaca al-ahkam yang lain.

Azri
Galway, Ireland

albaruhiyy (not verified)
Re: Qiamullail sebelum tidur

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول لله : أما بعد

Alhamdulillah, tahniah kepada En Azri kerana ada usaha untuk melaksanakan qiamullail.
Pertama saudara hendaklah mengetahu maksud Qiamullail. Ia bermaksud bangun malam walaupun seketika untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah Taala. Setengah ulama mensyaratkan kebanyakan malam. [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 34/117]

Manakala tahajjud pula ialah solat malam yang khusus, bahkan setengah ulama mensyaratkan ia hendaklah dilakukan selepas tidur.

Al-Hajjaj bin Amru al-Ansari berkata : “Seseorang mengira bahawa bila ia bangun solat sebahagian malam sehingga subuh, ia telah bertahajjud. Sesungguhnya tahajjud ialah solat yang dilakukan selepas tidur, kemudian solat selepas tidur. Dan ia merupakan solat Rasulullah s.a.w. “ Ibn Hajar menyebut dalam al-Talkhis al-Habir [2/35] : isnadnya hasan, padanya ada Abu Soleh ialah penulis al-Layth dan padanya ada kelemahan. Dan direkodkan oleh alTabarani dan pada isnadnya ada Ibn Lahi’ah. Namun riwayatnya disokong oleh riwayat sebelumnya.

Maka jelaslah bahawa qiamullail lebih umum daripada solat tahajjud kerana ia merangkumi solat tahajjud ia sendiri dan ibadat lain termasuk juga solat sebelum tidur atau selepasnya.

Manakala apabila menyebut tahajjud ia khusus merukuk kepada solat tahajjud. Dan ada dua pendapat tentang tahajjud. Pertama bermaksud solat malam (apa jua solat) mengikut pandangan majority. Dan Kedua bermaksud : Solat selepas tidur. [al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 2/232].

Sila rujuk link, http://www.islamqa.com/ar/ref/143240

Manakala solat lain yang disebutkan spt witir, witir boleh dilakukan sama ada sebelum tidur atau selepas tidur dengan syarat sebelum masuk waktu subuh.

Sunnah dalam solat witir ialah dilakukan pada akhir malam (yakni dijadikan penutup solat malam)
Namun bagi sesiapa yang bimbang tidak terjaga selepas tidur pada waktu malam, dia boleh mengerjakan witir sebelum tidur. Ini yang sabit dalam hadis sahih.
صلاة الليل مثنى مثنى فإذا خشي أحدكم الصبح صلى ركعة واحدة توتر له ما قد صلى » متفق عليه
Maksudnya : “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat, Jika seseorang kamu bimbang masuk subuh (tidak terjaga dari tidur) maka dia boleh melakuakn solat satu rakaat (sebelum tidur) dengan niat mewitirkan apa yang telah ia solat”

Kesimpulannya ialah : Anda boleh melakukan qiamullail (tahajjud, witir, taubat dll) sama ada sebelum tidur atau selepas tidur.Jika mampu untuk bangun pada akhir malam (selepas tidur) maka ia adalah cara terbaik.
Jika tidak mampu dan bimbang terlena sehingga ke subuh, boleh dilakukan sebelum tidur.

:aklam