SJ-05-0538 : Pergerakan imam dalam solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0538 : Pergerakan imam dalam solat

Apakah hukum/sah solat jemaah sekiranya imam ketika sujudnya bergerak sedikit ke hadapan untuk mengalih muka surat Al Quran dan kembali sujud serta meneruskan solat?

Mohon penjelasan...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Pergerakan imam dalam solat

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemamouan yang ada, InSyaAllah.

Menurut Mazhab Syafie, boleh membaca al-Quran dari mushaf ketika didalam solat. Imam al-Nawawi rh menyebut bahawa jika seseorang membaca al-Quran dari Mushaf tidak membatalkan solatnya, samada dia hafal ataupun tidak. Malah dia hendaklah melakukan begitu jika dia tidak menghafal surah al-Fatihah. Jika dia kadang-kadang membuka mukasurat semasa solat, ia tidak membatalkan solatnya (al-Maj’mu Sharh Muhazzab, 4/27).

Sheikh Zakaria al-Ansaari ketika mensharahkan kitab Raudh al-Thaalib menyebut :

إذا قرأ في مصحف ، ولو قلَّب أوراقه أحياناً لم تبطل - أي : الصلاة - لأن ذلك يسير أو غير متوال لا يشعر بالإعراض ، والقليل من الفعل الذي يبطل كثيره إذا تعمده بلا حاجة : مكروه .
“Jika seseorang membaca dari mushaf, dan kadang-kala membuka mukasurat maka tidak membatalkan solat, kerana sesungguhnya pergerakkan yang sedikit dan bukanlah perbuatan tersebut berterusan, sedikit pergerakkan jika dilakukan banyak akan membatalkan, jika dilakukan dengan sengaja bukan sebab hajat, ia adalah makruh (dibenci)”

Kesimpulannya, solat berjemaah tersebut sah.

Sekian, wassalam

خيرالأمين