Gambaran Salah Kononnya Yang Berhimpun Di Karbala Pada Asyura Adalah Umat Islam

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa pada paparan muka depan portalnya menyiarkan gambar perhimpunan di kubur Saidina Hussain r.a. sempena hari Asyura. Portal berita itu menggambarkan bahawa mereka yang berhimpun di sana pada hari berkenaan adalah dari kalangan umat Islam secara umumnya. Padahal mereka yang berhimpun di sana melakukan ratapan ke atas Saidina Hussain r.a. hanyalah penganut Syiah sahaja, terutama Syiah Imamiyah. Penganutnya ramai di Iran dan ada juga di Iraq. Umat Islam tidak ada kena mengena dengan perhimpunan di situ pada hari Karbala'. Umat Islam menyambutnya dengan berpuasa sebagaimana yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w.

 

themalaysianinsider.com menulis:

Umat Islam berkumpul di makam Imam Hussein dalam majlis sempena Hari Asyura di kota suci Karbala, 80 km dari barat daya Baghdad, 23 November, 2012. — Gambar Reuters

 


 

Screenshot dari portal berkenaan:

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"236","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"919","style":"display: block; margin-left: auto; margin-right: auto;","typeof":"foaf:Image","width":"699"}}]]

 

Kategori Berita: