SJ-05-0539 : 2 kali syak, berapa kali sujud sahwi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0539 : 2 kali syak, berapa kali sujud sahwi

Salam,

1) alo seseorang tu ragu-ragu rakaat pada rakaat 2 dan ketiga(ambik ke-2), kemudian ragu-ragu lagi pada rakaat 3 dan 4(ambik ke-3).. berapa kali sujud sahwi sebelum salam perlu dia buat?

2 )Saya tengok ada pulak dalil utk sujud sahwi SELEPAS salam, yakni kalo orang tu tarjih antara 2 dan 3, dia ambik yg banyak - yg ke-3.. jadi kalo ada 2 kali keraguan, mungkinkan dia kene sujud SEBELUM salam dan SELEPAS salam?

i.e

2-3 ->ambik 3 (ambik yg banyak) -> SELEPAS salam
3-4 ->ambik 3 (ambik yg kurang) -> SEBELUM salam

???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: 2 kali syak, berapa kali sujud sahwi

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Soalan 1 : Jika berlaku lebih daripada satu keraguan, berapa kalikah perlu sujud sahw? Sepakat ulama’ berpendapat hanya sekali sahaja sujud sahw (2 kali sujud). Ulama’ khalaf dan salaf mengambil kisah Zulyadain sebagai dalil, lebih dari satu kesalahan dilakukan, hanya perlu melakukan satu set sujud sahw sahaja.

Secara ringkasnya didalam riwayat Abu Hurairah ra. menceritakan bahawa Nabi :saw setelah bersolat samada Asar atau Zuhur’ 2 rakaat dan memberi salam. Kemudian baginda bersandar dibatang tamar yang berada pada arah kiblat. Disana terdapat sahabat seperti Abu Bakr dan Umar namun mereka tidak berkata apa-apa. Lalu seorang sahabat bernama Zulyadain bertanyakan kepada Nabi : Wahai Rasulullah :saw! Adakah solat yang di ringkaskan itu diqasar atau terlupa? Rasulullah :saw memandang kearah kanan dan kiri, lalu bertanya : Apakah benar apa yang diucapkan oleh Zulyadain. Lalu Sahabat berkata : benar, anda telah bersolat 2 rakaat sahaja. Lalu Rasulullah :saw menyambung solat 2 rakaat lagi dan baginda memberi salam. Setelah itu baginda bertakbir dan sujud, kemudian bertakbir dan bangkit dari sujud, kemudian baginda bertakbir dan sujud buat kali kedua, kemudian takbir dan bangkit dari sujud.

Berdasarkan kisah Zulyadain tadi, ulama tidak khilaf berkenaan dengan jumlah sujud sahw yang harus dilakukan. Walaupun terdapat beberapa kesalahan seperti; terlupa bilangan rakaat, memberi salam dan bercakap-cakap selepasnya, hanya satu kali sahaja sujud sahw (2 kali sujud), dan bukannya melakukan sujud al-sahw menurut bilangan kesalahan yang dilakukan. [Lihat al-Fiqh al-Islami, 2/104-105, cetakan ke 3, 1989].

Soalan 2: Seperti mana yang kami jelaskan diatas, ulama tidak khilaf berkenaan dengan jumlah sujud sahw, walaupun lebih dari satu kesalahan (akibat terlupa) dilakukan.

Dr Muhammad Naim Saa’ie menyebut :

أكثر من بلغنا قول من أهل العلم على أن من شك في صلاته فلم يدر كم صلى فإنه يبني على ما استيقن ويسجد للسهو قبل السلام.
“Ramai dikalangan ulama’ menyetakan bahawa jika seseorang meragui mengenai Solatnya, dia tidak tahu berapa bilangan rakaat, maka sesungguhnya hendaklah dia membinanya berdasar apa yang dia yakin, dan hendaklah sujud sahw sebelum salam” [Mausuu’ah Masaail al-Jumhuur, 1/194].

Untuk memudahkan keadaan, agar tidak menimbulkan waswaas, berpegang kepada satu pandangan, misalnya Mazhab Syafie, bahawa apabila berlaku keraguan didalam solat, binalah atas apa yang dia yakin, dan lakukan sujud al-sahw sebelum salam, samada berlaku pengurangan atau penambahan [ibid, 1/195]. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين