Fiqh al-Jihad Perlu Diajar Kepada Masyarakat?

Primary tabs

[Gambar para Mujahidin Moro Islamic Liberation Front (MILF) di Mindanao]

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Melihat isu-isu yang dibangkitkan di akhbar-akhbar. Akan menimbulkan satu persoalan di dalam minda kita semua. Apakah sebenarnya jihad di sisi umat Islam pada masa kini.

Saya berpendapat kita dilanda ombak dua aliran ekstrem yang memusnahkan kemuliaan jihad, yang mana Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang melakukannya.

Kita bertemu dua kelompok yang umpama timur dengan barat, langit dengan bumi.


Siapakah dua kelompok ini? Siapakah yang paling merbahaya?

Kelompok 1: Kelompok yang ekstrem menolak jihad. Bagi mereka jihad hanyalah jihad ekonomi, jihad menuntut ilmu, jihad memajukan negara. Tiada di dalam kamus kehidupan mereka jihad al-Qital, iaitu jihad peperangan.

Mereka ialah kelompok majoriti, pada pandangan saya. Mereka telah mengaburi mata umat Islam. Mereka memandang setiap umat yang pergi ke Afghanistan, Mindanao, yang pernah berjihad di Ambon sebagai pengganas.

Mereka membakulsampahkan kewujudan jihad al-Qital. Mereka ini terdiri daripada pihak yang berkuasa, masyarakat awam, orang kampung mahupun bandar, kaya mahupun miskin.

Mereka lupa bahawa jihad al-Qital akan tetap wujud sehingga hari kiamat. Mereka lupa seandainya Malaysia diserang oleh puak kuffar dengan senjata, jihad al-Qital diperlukan.

Oleh kerana itu, kita jangan hairan, di media-media, mereka memomokkan para pejuang Islam sebagai pengganas. Pantang ada yang pernah berperang di Afghanistan, Mindanao, semua akan disyaki sebagai pengganas.

Kelompok 2: Mereka ialah manusia yang ekstrem dalam memahami jihad. Mereka mengakui wujudnya jihad al-Qital. Akan tetapi mereka melakukannya dengan tidak mengikut peraturan. Mereka mengebom tempat-tempat awam. Mereka mengebom pasaraya, rumah ibadah, kenderaan awam.

Mereka tidak takut menumpahkan darah umat bukan Islam yang dijamin haknya. Mereka tidak takut menumpahkan darah saudara seIslam.

Merekalah golongan yang terpesong kefahaman jihadnya. Mereka mencontengkan arang ke wajah Islam. Mereka menyebabkan kemuliaan kalimah jihad dipijak-pijak. Mereka menyebabkan masyarakat fobia dengan para Mujahidin yang pernah berjihad di Ambon, Mindanao, Afghanistan dan tempat-tempat lain.

-------------------

Kenapa semua ini berlaku?

Kenapa salah faham terhadap jihad berlaku? Kenapa jihad al-Qital yang mulia, yang terang-terang wujud di dalam al-Quran dan as-Sunnah, cuba dinafikan kewujudannya.

Kenapa pula muncul kelompok yang mahu mengamalkan jihad al-Qital, tetapi pada jalan yang salah?

Semaklah silibus-silibus pendidikan Islam kita, di sekolah mahupun universiti, di surau mahupun di masjid. Apakah kita ada membincangkan bab jihad, hukum hakam jihad, peraturannya?

Sepanjang kehidupan saya, saya belum pernah menghadiri kuliah fiqh yang menerangkan hukum hakam jihad. Saya belum pernah mendengar kuliah-kuliah yang membicarakan fadhilat-fadhilat jihad.

Bahkan saya berbual dengan sahabat-sahabat yang pengkhususan di dalam bidang agama. Setahu saya tiada subjek jihad yang dibincangkan.

Oleh kerana itu, kurangnya pendedahan dengan hukum hakam jihad, kita telah mewujudkan dua kelompok yang telah mencalarkan kemuliaan jihad.

Saya yakin bahawa kelompok yang memperlecehkan jihad ini lebih ramai dan majoriti daripada yang ekstrem dalam mengamalkannya. Lihatlah! Berapa kerat sahajalah umat Islam yang terlibat dengan pengeboman di sana sini. Dan lihatlah pula berapa ramai umat Islam yang tenggelam dalam penyakit mencintai dunia, dan tidak hirau apa yang berlaku pada saudara seIslam.

Wallahua'lam.

Saya mencadangkan kepada sahabat-sahabat semua untuk membaca buku di bawah:


Klik link ini untuk mendownload buku "Membongkar Jamaah Islamiah" susunan Nasir Abbas, bekas anggota al-Jamaah al-Islamiyyah.