SJ-05-0545 : bacaan al-fatihah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0545 : bacaan al-fatihah

:salam

saya ade problem bila baca fatihah contohnye dah baca ihdina..(sekerat) tiba2 rasa bacaan sebelum tu tak betul (iyyaakana'budu waIyyaka nasta'in), dan ulang semula dari iyyaakana'budu waIyyaka nasta'in sampai abis fatihah. sah tak solat saya?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: bacaan al-fatihah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Mengulang semula ayat yang salah didalam bacaan al-Fatihah bagi yang tahu bahawa itu merupakan satu kesalahan adalah wajib. Ini adalah kerana bacaan al-Fatihah adalah rukun Solat. Berkata Imam al-Nawawi rh bahawa :

تَجِبُ قِرَاءَةُ الْفَاتِحَةِ فِي الصَّلاةِ بِجَمِيعِ حُرُوفِهَا وَتَشْدِيدَاتِهَا . . . فَلَوْ أَسْقَطَ حَرْفًا مِنْهَا أَوْ خَفَّفَ مُشَدَّدًا أَوْ أَبْدَلَ حَرْفًا بِحَرْفٍ مَعَ صِحَّةِ لِسَانِهِ لَمْ تَصِحَّ قِرَاءَتُهُ
“adalah wajib membaca al-Fatihah didalam solat pada kesemua huruf2nya, sabdunya…..jika satu huruf tertinggal atau sabdu, atau satu huruf diganti dengan huruf yang lain walaupun dia boleh menyebutnya dengan betul, maka tidak sah bacaannya” [al-Majmu’, 4/359].

Berkata Ibn Qudamah rh berkenaan dengan keupayaan membetulkan bacaan tetapi enggan :

إِنْ كَانَ يَقْدِرُ عَلَى إصْلَاحِ شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ فَلَمْ يَفْعَلْ , لَمْ تَصِحَّ صَلَاتُهُ , وَلا صَلاةُ مَنْ يَأْتَمُّ بِهِ
“Jika dia berupaya membetulkan mana-mana yang salah dan tidak melakukannya, maka tidak sah solatnya, dan tidak sah solat yang yang mengikutinya” [al-Mughni [2/15].

Kesimpulannya, sah solat anda mengulangi ayat didalam al-Fatihah yang tersalah baca didalam solat. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين