SJ-06-0012 : status musafir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0012 : status musafir

Istilah2 safar ini dimulakan oleh Madzhab Hanafi spt Watan Asli (tanah tumpah darah atau kampung kelahiran si fulan); watan alIqamah (tempat bertugas utk tempoh spt 1-2 bulan; kemudian Watan alsukna (tempat menetap kurang dari setengah bulan.

Maka mengikut pendapat madzhab, jika seseorang kembali ke watan asli, maka dia tidak boleh jama' qasar. Pendapat Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim tidak menerima konsep penamaan jenis2 watan ini. Jika seseorang itu sudah berhijrah dan kembali semula ke kampungnya sekali sekala dia dikira musafir, mengambil cth Nabi saw bila dia kembali ke Mekah (watan asli), tapi tetap solat secara musafir. Ini juga pendapat madzhab Daudi atau Zahiri. (majmu Fatawa Syaikhul Islam Jld 24/ms 15, Ibn Qayyim, Zaad alMa'ad: 1/164)

Terima kasih kpd ustaz atas jawapan kpd persoalan saya tempoh hari.....

setelah saya teliti jawapan ustaz thtl ....istilah2 safar adalah dimulakan oleh Mazhab Hanafi.....

dan saya dapati "mengambil cth Nabi saw bila dia kembali ke Mekah " adalah lebih kuat (menurut pandangan saya hasil penelitian kpd jawapan ustaz).....

namun begitu mohon jasabaik ustaz thtl kemukakan hadis tentang perbuatan Nabi saw. tersebut.....iaitu Nabi saw bila dia kembali ke Mekah tapi tetap solat secara musafir....

dan apa pula pendapat ustaz thtl berkenaan perkara ini.... yg manakah pandangan yg lebih kuat...samada pandangan mazhab Hanafi / Shafie atau pegangan/pendapat Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim .....

sekian ..terima kasih...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: status musafir

Jawab:

Dalil-dalil hadis:

Kitab Fathul Bari Jld 2/561
Dari Anas, bahawa beliau mengiringi RasuluLlah saw ke Mekah dan pulang semula ke madinah di mana baginda menetap di Mekah selama 10 hari dan tetap mengqasarkan solatnya.

Dari Ibn Abbas, Nabi saw menetap di Mekah semasa alFath selama 19 hari dan mengqasarkan solatnya (ibid)

Kitab Sunan Abu Daud, Jld 2/11 dari Umar bin Husain,
aku menyertai Fathul mekah bersama Nabi saw dan baginda tinggal di Mekah selama 18 hari dan tidak solat kecuali dua dua raka'at.

2. Manakah pendapat yg rajih jika kita pulang ke kampung halaman sempena bercuti.

Pendapat yg rajih ialah pendapat madzhab. ini kerana pendapat madzhab mengambil kira evolusi ummah dan mobility dari tahap Mekah-Madinah kepada sebuah empayar yg besar dan berlaku pergerakan umat yg sibuk. Maka pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat, dari Basrah ke Baghdad ke Hama, ke Cairo, dsbnya. Ia juga menepati pendapat Ibn taymiyah-Ibn Qayyim, yakni ia kembali kepada takrifan musafir atau safar itu. Maka saya berpendapat seseorang tidak dikira musafir di kampung halamannya sendiri berbanding RasuluLlah saw yg terpaksa berhijrah dan berlaku banyak peperangan dan pertumpahan darah dengan watan aslinya. Dengan kata lain gugurnya status seseorang di kampung tumpah darahnya adalah masih bertepatan dg pendapat Ibn Taymiyah. Kerana Ibn Taymiyah menetapkan safar adalah illat bagi solat qasar. Maka pulangnya seseorang ke kampung halamannya sekarang bukanlah safar yg sebenarnya. sekian