SJ-06-0040 : 10 hari solat jamak dan qasar kerana musafir

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0040 : 10 hari solat jamak dan qasar kerana musafir

:salam

Kemusykilan tentang persoalan di subjek:

1) Sbg cth: saya pergi bermusafir 10 hari, dalam masa tersebut apabila sampai ke destinasi yg dituju yakni hari pertama perjalanan, saya melakukan solat jamak tanpa qasar selama 10 hari. Adakah ia dibolehkan??? Adakah pendapat yg membenarkan perkara ini dan adakah pendapat ini kuat utk beramal dgnnya???

2) Selama 10 hari tersebut, boleh atau tidak saya melakukan solat jamak bersama qasar??

Moga ia mendapat perhatian sewajarnya dr ahli panel.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0040 : 10 hari solat jamak dan qasar kerana musafir

:wassalam

al-Jawab:

1) Bila anda keluar bermusafir dan menetap di destinasi selama 10 hari. Pendapat yang rajih ialah anda hendaklah qasar sahaja bukannya jama'-qasr (Fiqh Sunnah Sayyid Sabiq). Manakala menurut madzhab Syafi'iy, anda dikehendaki solat seperti biasa kerana ia dianggap bermukim (lebih dari 4 hari) Pendapat yang kuat ialah boleh qasar selama 10 hari kerana kaum salaf melakukan demikian tanpa menentukan tempoh menetap disesuatu destinasi (Fiqh Sunnah)

2) Selama 10 hari anda di sana hendaklah solat qasar sahaja dan bukan jama'. Jama' hanya bila anda di dalam perjalanan atau sebab-sebab mendesak spt hujan lebat, salji atau banjir. WA