SJ-06-0041 : iqamah antara solat jama'

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0041 : iqamah antara solat jama'

Manakah yg tepat (atau kedua²nya) mengikuti sunnah?

Adakah selepas solat yg pertama kemudian bangun terus utk solat kedua, atau perlu iqamah antara kedua² solat tersebut?

Solat jama' yg ana maksudkan adalah solat jama' berjamaah (kalau sama dgn bersendirian juga tidak mengapa).

Jika tidak keberatan, sertakan dgn dalil.

Sekian terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0041 : iqamah antara solat jama'

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ahchonx dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Didalam solat jama', samada berjemaah atau tidak, bagi setiap solat fardu tersebut hendaklah di lakukan iqamah. Makna, selepas selesai solat pertama, bangun dan lakukan iqamah untuk solat kedua pula.

Cuma ulama' khilaf samada perlu di azan dua kali, ataupun satu kali azan sudah memadai. Menurut Ensaiklopedia al-Fiqhiyyah (2/370), pandangan yang benar adalah satu azan dilakukan untuk kedua-dua solat, kemudian 2 iqamah kepada kedua-dua solat; setiap satu solat, satu iqamah.

Dalilnya terdapat didalam hadith Haji Terakhir Nabi :saw dimana baginda mengimami Solat Zohor dan Asar di Arafah didalam Jama' Taqdim dimana Azan dilakukan sekali, dan 2 iqamah. Baginda juga melakukan Jama' Ta'khir solat Mahrib dan Isyak di Muzdalifah, juga dengan 1 azan dan 2 iqamah. Riwayat dari Jabir bin Abdullah ra :-

Ëã ÃÐøóä Ëã ÃÞÇã ÝÕáì ÇáÙåÑ Ëã ÃÞÇã ÝÕáì ÇáÚÕÑ æáã íÕá ÈíäåãÇ ÔíÆÇ ... ÍÊì ÃÊì ÇáãÒÏáÝÉ ÝÕáì ÈåÇ ÇáãÛÑÈ æÇáÚÔÇÁ ÈÃÐÇä æÇÍÏ æÅÞÇãÊíä
dir="ltr">"Kemudian di melakukan azan dan iqamah, kemudian solat Zohor, kemudian dia melakukan Iqamah dan bersolat Asar, dan baginda tidak melakukan solat lain diantara waktunya....kemudian baginda sampai di Muzdalifah dan bersolat Maghrib dan Isyak dengan satu azan dan dua iqamah" [Hadith Riwayat Muslim #1218].

Berkata Syiekh Ibn Utsaimin rh. didalam menjelaskan haith diatas :-

ÝÅÐÇ ÌãÚ ÇáÅäÓÇäõ ÃÐøóä ááÃõæáì ¡ æÃÞÇã áßáøö ÝÑíÖÉ ¡ åÐÇ Åä áã íßä Ýí ÇáÈáÏ ¡ ÃãÇ ÅÐÇ ßÇä Ýí ÇáÈáÏ : ÝÅäøó ÃÐÇä ÇáÈáÏ íßÝí º æÍíäÆÐ íõÞíã áßáøö ÝÑíÖÉ .
dir="ltr">"Jika seseorang menjama'kan solat, hendaklah di Azan buat kali pertama, kemudian lakukan iqamah bagi setiap solat fardu. Ini jika dia tidak berada didalam bandar. Jika dia berada didalam bandar, maka azan di bandar tersebut sudah mencukupi. Dia hendaklah melakukan iqamah pada setiap solat fardu" [Al-Sharh al-Mumti' 'ala Zaadil Mustaqni', 2/78].

Kesimpulannya, apabila melakukan Solat Jama', hendaklah sesorang itu Azan, dikuti dengan Iqamah, selepas selesai solat pertama, bangun lalu melakukan iqamah bagi solat kedua, dan dikuti dengan solat kedua.

Sekian, wassalam

خيرالأمين