SJ-07-0004 : Gali kubur - sebab-sebab yang dibolehkan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0004 : Gali kubur - sebab-sebab yang dibolehkan

Assalamualaikum..
Hukum menggali kubur orang yg telah mati adalh haram.Sila ustaz terangkan apakah sebab2 yang dibolehkan untuk menggali kubur itu semula.Sekian,wassalam.

re: SJ-07-0004 : Gali kubur - sebab-sebab yang dibolehkan

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdri faiqah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar apa yang dikatakan oleh sdr faiqah bahawa pada prinsipnya haram hukumnya menggali semula kubur jenazah yang telah dikebumikan.
sebagaimana yang telah dijelaskan didalam hadith 'Aisyah ra yang berkata Nabi saw bersabda :

ßÓÑ ÚÙã ÇáãíÊ ßßÓÑå ÍíÇ
"Mematahkan tulang yang telah mati adalah seperti mematahkan tulangnya semasa hidup" - [Hadith riwayat Abu Daud #3207].

Syiekh Khalid ibn Ali al-Musyaiqih mengatakan bahawa hadith diatas menunjukkan bahawa seorang Islam mempunyai harga diri, samada ia hidup ataupun telah mati. Menurut beliau tidak dibenarkan menggali semua kubur melainkan mempunyai alasan-alasan yang tertentu, dan biasanya perkara-perkara seperti ini hendaklah dirujuk kepada hakim syariah yang akan memberi keputusan keatas alasan yang diberikan.

Dr Ahmad Al-Syarbaasi, bekas Professor Jabatan Aqidah dan Falsafah di Universiti Al-Azhar berkata kubur dimana seorang Islam dikebumikan adalah menjadi miliknya, maka tidaklah islamik untuk menggalinya kembali melainkan sebab yang munasabah. Jumhur ulama' membenarkan kubur digali semula akan tetapi terdapat khilaf dikalangan mereka sebab yang membolehkan kubur tersebut digali semula. Syiekh Nasyiruddin Al-Albani (Ahkam Al-Janaaiz, ms 203) menyatakan bahawa dibolehkan mengeluarkan mayat dari dalam kubur untuk satu tujuan yang baik (æíÌæÒ ÅÎÑÇÌ ÇáãíÊ ãä ÇáÞÈÑ áÛÑÖ ÕÍíÍ). Secara umumnya ulama' membenarkan mayat dikeluarkan dari kuburnya dengan 2 kepentingan utama :-

a. Menyempurnakan dan menyelamatkan mayat tersebut
b. Tempat digunakan untuk kepentingan umum.

Diantara perkara yang bolehkan kubur tersebut digali semua, contohnya ialah :-

1. Mayat yang dikebumikan boleh sempat dimandikan, maka dibenarkan mengeluarkannya bagi tujuan memandikan dan mengkafankan mayat. Dari Jabir bin Abdullah ra :

ÃÊí ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÚÈÏ Çááå Èä ÃÈí ÈÚÏ ãÇ ÃÏÎá ÍÝÑÊå ¡ÝÃãÑ Èå ÝÃÎÑÌ ¡ÝæÖÚå Úáì ÑßÈÊíå ¡æäÝË Úáíå ãä ÑíÞå ¡æÃáÈÓå ÞãíÕå ( ÞÇá ÌÇÈÑ: æÕáì Úáíå )
"Rasulullah saw telah mendatangi kubur Abdullah bin Ubai yang telah dimasukkan kedalam liang lahat, dan beliau saw memerintahkan untuk mengeluarkannya kembali dan diletakkan diaatas kedua-dua lutut baginda, kemudian baginda meniupkan dan mengenai pakaian kepadanya." Jabir berkata "Dan mendo'akannya". [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaari, Imam Musilim Al-Nassa'i dan juga Ibn Al-Jarud.

2. Dr Ahmad Al-Syarbaasi menyatakan dibenarkan untuk memindahkannya mayat kepada kubur yang lain jika terdapat kekhuatiran bahawa kemungkinan binatang buas akan merosokkan mayat atau mungkin ia akan dihanyutkan oleh banjir, dengan syarat mayat tersebut tidak dirosakkan.

3. Mayat yang ditanam di sebidang tanah dimana tuan tanah tidak membenarkan jenazah ditanam disana (tidak mendapat keizinan tuan tanah)..

4. Apabila jenazah ditanam ditempat yang tidak dihormati, seperti ditanam di kubur orang bukan Islam atau ditempat pembuangan sampah.

5. Kubur di gali diatas sebab-sebab perundangan.

6. Keperluan memeriksa jasad mayat bagi mewujudkan hak, iaitu ia dapat mengembalikan nama baik si-mati.

7. Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi didalam kitab Majmu' menyebut : (íÌæÒ äÈÔ ÇáÞÈÑ ÅÐÇ Èáí æÕÇÑ ÊÑÇÈÇð ¡ æÍíäÆÐ íÌæÒ ÏÝä ÛíÑå Ýíå) :"Boleh menggali kubur jika keadaan sudah lusuh dan sudah menjadi debu, maka bolehlah mengkebumikan jenazah lain didalamnya.". Maksudnya kubur yang yang usang dan tinggal debu dibolehkan diguna semula sebagai kubur jenazah yang lain.

8. Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi juga menyebut bahawa selain dari dibuat kubur, ia juga boleh digunakan untuk bercucuk tanam, melakukan binaan (construction), dan semuanya akan bermunafaatkan dan keadaan ini mendapat persetujuan para sahabat. Ini semua dibolehkan dengan syarat ia tidak memberi kesan kepada mayat, tulang-tulang dan lain-lainnya (æíÌæÒ ÒÑÚ Êáß ÇáÃÑÖ ¡ æÈäÇÄåÇ ¡ æÓÇÆÑ æÌæå ÇáÇäÊÝÇÚ ¡ æÇáÊÕÑÝ ÝíåÇ ÈÇÊÝÇÞ ÇáÃÕÍÇÈ. æåÐÇ ßáå ÅÐÇ áã íÈÞ ááãíÊ ÃËÑ ãä ÚÙã æÛíÑå). Pandangan ini dipersetujui oleh mahzab Syafie, Hanafi dan Hanbali. Mazhab Maliki membenarkan kubur yang usang ini digunakan untuk mengkebumikan orang mati sahaja, seperti point no:7.WA.

wassalam
-----------
Rujukan :

1. Dr Ahmad Al-Syarbaasi .Yasaluunaka fi al-diin wa al-hayaah - Jilid 5. cetakan baru. Beirut, ms 124.

2. Syiekh Mohammad Nasyiruddin Al-Albani. Ahkam Al-Janaa'izm wa bida'uha.. cetakan baru. Riyad : Maktab Al-Ma'aarif, 1992. ms 203.

3. Markas Fatawa Dr Abdullah Al-Faqih. ÌæÇÒ ÇáÇäÊÝÇÚ ÈÇáãÞÈÑÉ ÇáãäÏÑÓÉ ÈäÇÁð æÒÑÇÚÉ . url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=19135&Option=FatwaId

خيرالأمين