Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni...

Primary tabs

Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.

Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (ááå Ëã ááÊÇÑíÎ)

Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.

Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi.

Atau barangkali tidak mustahil bahawa dirinya akan menjadi buruan golongan Syiah untuk dibunuh sepertimana yang berlaku kepada Ayatullah al-Uzma Abil Hasan Al-Asfahani (seorang ulama besar Syiah) yang anaknya disembelih oleh golongan Syiah seperti mereka menyembelih seekor kibasy. Sebabnya kerana Ayatullah ini bertindak mentashihkan manhaj Syiah dan menghalang berlakunya khurafat. Begitu juga apa yang terjadi sebelum dari itu lagi, mereka membunuh Saiyid Ahmad al-Kisrawi (seorang ulama Syiah) yang mengisytiharkan bahawa dirinya bebas dari apa sahaja penyimpangan yang ada di dalam Syiah.

Isikandungan buku ini ialah menolak pegangan2 Syiah yang menyeleweng, antaranya ialah:

  • Abdullah bin saba
  • Mutah dan yang berkaitan dengannya
  • Khumus
  • Mushaf fatimah
  • Pandangan Syiah terhadap Ahlus Sunnah, kita ambil sedikit petikan dari tajuk ini:

Pengarang menceritakan bagaimana dia ketika menelaah kitab muktabar Syiah dan pendapat fuqaha dan mujtahidnya didapati menyatakan bahawa musuh Syiah satu-satunya ialah Ahlus Sunnah. Sebab itulah mereka menyifatkan dan menggelarkan Ahlus Sunnah sebagai Nawashib....

Pernah bapa pengarang kitab ini bertemu dengan seorang lelaki asing di pasar di sebuah pekan. Kemudian dia menerimanya sebagai tetamu. Dalam perbualan antara ayahnya dan tetamu ini, dapatlah diketahui bahawa lelaki ini adalah seorang Ahlus Sunnah.

Ayahnya merupakan seorang yang sangat cintakan kebaikan. Dimuliakan tetamu ini. Diberinya makan, minum, tempat tidur dan wang yang barangkali diperlukan dalam perjalanannya. Tetamu ini amat berterimakasih kepada ayahnya. Namun, setelah tetamu keluar dari rumah meneruskan perjalanannya, ayahnya memerintahkan agar tilam yang digunakan tetamu ni dibakar. Pinggan mangkuk dibasuh. Kerana apa? Kerana ayahnya dan semua Syiah beritiqad bahawa orang Ahlus Sunnah adalah Najis. Kerana para fuqaha mereka menyamakan orang Ahlus Sunnah dengan orang kafir, musyrik dan babi dalam kenajisannya.

-::Download buku ini (B.Arab)::-