SJ-07-0036 : Sahihkah 100 tanda mati?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0036 : Sahihkah 100 tanda mati?

:salam

FadhilatusSyaikh...

Adakah sahih tanda2 mati berikut?

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Message: Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT
kepada hambanya dan hanya akan disedari
oleh mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan
mendapat tanda ini cuma samada mereka
sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas
waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung
rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti
daging lembu yang baru saja disembelih dimana
jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa
mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah kita sedar
akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk
memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan
yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang
tertulis nama
kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan
mengambil daun
tersebut dan mula membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat
maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu
dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini
akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah
bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada
mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana
orang sakit yang tidak
makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi
kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan
maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan
memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan
bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan
ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya
akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak
kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan
jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana
ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini
hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada
Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan
mematikan pula.

Kematian adalah suatu yang pasti dan sesungguhnya
mengingati
mati itu adalah bijak. wallahu`alam~

SJ-07-0036 : Sahihkah 100 tanda mati?

kematian adalah satu hakikat. tetapi tanda2 kematian sebegini belum pernah saya temui dalam sumber yang diyakini (Al Quran dan hadith sahih). kisah ini sering disebut dan ia tidak disebut sebagai hadith atau quran. orang yang menyebut kisah ini perlu bertanggungjawab dgn meneliti sumbernya sebelum menyampaikannya kepada orang lain. yang tahu perkara ghaib hanya Allah SWT . sekiranya Allah memberitahunya kepada RasululullahSAW, maka sudah pasti ia telah disabdakan oleh Baginda kepada ummatnya. sekiranya tidak ada dalam Al Quran dan hadith sahih, maka eloklah kita menyebut...wallahu a'lam. kita tidak tahu.