Skip to main content
al-ahkam.net 1434
  • Home
  • Artikel
  • Soaljawab
    • Kategori Soaljawab
    • Terkini Soaljawab Islam
  • Videos
    • Video
    • Video Syiah
  • Buku
    • Senarai Buku
    • Hadis 40
    • Al-Syama'il
    • Ringkasan Sirah 1
    • Fathul Qorib

Sumber Rujukan Islam Anda..

Like us on Facebook

Random Artikel

Siapakah WAHABI? Ini penjelasannya.. Ringkas dan padat.. Memuaskan!
Rahsia Kehebatan Imam Malik Hingga Mursalnya Dianggap Sahih
Solat Musafir; Qasar dan Jamak & Solat Ketika Waktu Sukar, Sakit & Atas Kenderaan
RINGKASAN HUKUM BERSIWAK: Hakikat dan hukum-hakamnya
Video Syiah: Sejarah dan Perkembangannya VCD003_02 (Jawapan)
Nota Ringkas Sahih Muslm Sekitar Hukum Khamar/Arak, Cuka Dan Sebagainya
JH-CINTA-002- Mari Makan Bersama Rasulullah SAW
Pengalaman Dr Danial Dalam Bidang Penulisan
4 Golongan Masuk Syurga Tanpa Dihisab & Diseksa
Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #2
VIDEO Debat Ahlus Sunnah vs Syiah: Imamah (Kekhalifahan): Antara Hujah Sunni dan Syiah
Hukum Menghitamkan Uban & Dalil Keafdhalan Solat di awal waktu
Sambutan Asyura: Antara Syiah dan Ahlus Sunnah Dalam Timbangan Sejarah
Konspirasi Gula Dalam Produk Terkemuka
AWAS!! KKM Kesan 40 Minuman Kopi Beracun!

Di Jalan Pegangan Yang Masih Gelap Itu

Primary tabs

  • View(active tab)
  • What links here
Submitted by Islah on Sat, 16/01/2010 - 10:18pm
KONGSIKAN Artikel Ini..

alt“Setiap tahun masjid saya berdepan dengan masalah yang sama. Jemaah berbalah tentang kaedah terbaik menyelesaikan masalah mengerjakan solat Isyak pada musim panas di Belfast,” saya memulakan bicara.

Saya merujuk kepada Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi tentang krisis yang tidak berkesudahan di Belfast.

Setiap tahun, apabila tiba musim panas akan ada satu tempoh yang tiada waktu Isyak memandangkan kepada kedudukan Belfast yang jauh ke Hemisfera Utara. Ia situasi yang penyelesaiannya berada di dalam lingkungan masalah zanniyyah. Tiada nas yang solid untuk memutuskan secara mutlak tentang satu-satu hukum. Justeru keluarlah beberapa bentuk penyelesaian untuk membantu umat keluar daripada belenggu masalah.

Agama bukan memerangkap manusia di dalam persoalan yang tiada jawapan.

Fungsi agama memang begitu. Membantu membekalkan jawapan dan penyelesaian. Bukan menawarkan Cul-de-sac.

 

PENYELESAIAN PRAKTIKAL

Ada beberapa pilihan penyelesaian kepada masalah ini.

Namun pilihan yang paling banyak diguna pakai di kebanyakan masjid di lokasi yang terlibat adalah menjamakkan Solat Maghrib dengan Isyak. Selepas solat Maghrib, jemaah terus bangun dan mengerjakan Solat Isyak. Ada sesetengah masjid menjarakkan sedikit sekitar 15 minit sebelum Isyak dikerjakan.

Tetapi di masjid saya, sentiasa ada sekelompok jemaah tetap yang tetap berdegil. Mereka menolak untuk berjemaah sebaliknya menunggu hingga ke jam 11:50 malam untuk mengerjakan jemaah Isyak kedua di masjid. Malah berkempen pula dengan mengedar risalah membantah keputusan imam dan jemaah di masjid.

Saya tidak resah dengan perbezaan pendapat.

Sebagai Imam, apa yang meresahkan saya adalah perpecahan. Iaitu suatu keadaan yang dikeji Tuhan.

REAKSI SHEIKH SOLAH

Sheikh Solah mendiamkan diri.

Sesiapa sahaja pelajar Malaysia di Jordan yang melazimi kuliah dan tarbiyah Sheikh Solah, faham akan ketinggian sikapnya yang sangat menolak sebarang pencemaran kepada AKHLAQ.

Dulu, beliau yang sangat faqih tentang pemikiran Sayyid Qutb dan Tafsir fee Dhilal al-Quran, pernah ditanya tentang pendiriannya berhubung dengan penerbitan buku Qutubisme: Berhati-hatilah! yang dihasilkan oleh seorang tokoh Ulama’ dari Arab Saudi. Kata Sheikh Solah, “beliau mendekatkan diri kepada Allah dengan mencaci Sayyid Qutb. Biarlah aku mendekatkan diri kepada Allah dengan hanya mendiamkan diri.”

Itu Sheikh Solah yang kami kenali.

“Apakah sudah ada fatwa dikeluarkan tentang masalah ini?” tanya Sheikh Solah.

“Sudah ada. Antaranya adalah fatwa European Fatwa Council yang dipimpin oleh Sheikh Yusuf al-Qaradhawi” saya memberitahu.

FATWA BELIAU

“Jika begitu, aku berpesan kepadamu agar balik ke Belfast nanti, usahakanlah dengan apa cara sekali pun agar jemaah di masjid kamu patuh kepada fatwa yang sudah dikeluarkan itu. Wallahi, aku tidak berhak untuk memberikan pandangan setelah para masyaikh yang arif tentang hal ini memberikan pandangan mereka. Aku tidak berhak untuk bersuara!” kata Sheikh Solah.

Saya terdiam.

Seorang ulama besar mengisytiharkan dirinya tidak berhak bersuara?

Saya tahu, Sheikh Solah ada selautan ilmu untuk menghuraikan masalah yang saya ajukan itu berjam-jam hingga saya tenggelam dalam perbahasan yang diharapkan itu. Tetapi Sheikh Solah tidak begitu. Beliau langsung tidak bertanya kepada saya, apakah fatwa yang dikeluarkan. Apa yang ditekankan ialah, “aku tidak berhak untuk bersuara.”

Itulah akhlaq seorang ulama.

Dalam banyak keadaan, bercakap, bercakap dan bercakap itu memang keperluan. Tetapi ada situasi tertentu, hikmah yang besar adalah pada tidak menambah cakap yang sudah dicakap, tatkala perpecahan umat menjadi pertaruhannya.

alt

Teringat saya kepada kata-kata orang sebelah sana, “when the student is ready, the teacher will appear. Knowledge is understanding that tomato is a fruit. Wisdom is not to put it in a fruit salad!”

ISU KALIMAH ALLAH DI THE HERALD

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Dr. Harun Din, YB Khalid Samad, YB Zulkifli Noordin, Prof Wan M Nor Wan Daud, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman dan begitu ramai ilmuan sudah mengenegahkan hujah dan ilmu masing-masing, malang sekali jalan pegangan rupa-rupanya masih gelap.

Malah pertembungan pengikut sesama pengikut lebih kejam daripada permintaan The Herald dan lebih kejam daripada keputusan mahkamah. Pertembungan dan perbalahan ilmu itu sedang mempertaruhkan kesatuan umat yang semakin tidak dipedulikan. Segalanya membaja perpecahan.

Dalam pepatah di atas tadi, mungkin kisahnya ialah, “students are not ready!”

Saya didesak untuk menyertai apa yang telah sedia ada. Berikan pandangan, nyatakan pendirian, jangan tidak berkata, syaitan bisu dilontar sebagai statusnya!

Namun…

Jika seorang ulama besar pernah mengisytiharkan dirinya tidak berhak untuk bersuara, izinkan saya, si ‘murid kecil’ meminjam hikmah yang sama, untuk tidak memanjangkan kata…

alt

Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : ” Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak permasalahan yang ditanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka. [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Sumber http://saifulislam.com/?p=7371
68000 AMPANG

  • 1013 reads

Login/Logout

  • Log in/Log Out

Search form

User login

What is OpenID?
  • Log in using OpenID
  • Cancel OpenID login
  • Request new password

Paling TOP!

  • Ada Tinggal Puasa Beberapa Tahun Lepas? Ini Cara Mengqadha'nya (263,624)
  • Hadis 40: 01. Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Dengan Niat (197,287)
  • Hadis 40: 15. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya (142,046)
  • SJ-04-0122 : Hukum Menyentuh Isteri/Suami Apabila berwuduk. (112,651)
  • MEMORANDUM Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia (102,889)
  • SJ-05-0123 : Haram solat waktu syuruk (100,756)
  • SJ-04-0121 : haidh atau tidak? (100,149)
  • Membongkar Status Hadis (Tuntutlah Ilmu Sekalipun Di Negeri Cina) (92,748)
  • Membongkar Apa Aktiviti Syiah Sepanjang Menyambut Asyura (80,724)
  • SU-00037 hukum mengeluarkan air mani dgn sendirinya. (75,420)
  • SJ – 2455: UCAPAN “ INNA LILLAH ….” APABILA MENDENGAR KEMATI (74,536)
  • Hadis 40: 13. Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya... (70,310)
  • Hadis 40: 06. Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas (69,021)
  • Doa Dari Al-Quran Untuk Kebaikan Keluarga & Zuriat (65,717)
  • SJ - 2754 : Solat Sunat Fajar Sebelum Masuk Waktu Subuh (62,825)
  • SJ - 2307 : BILAKAH KEADAAN YANG SESUAI BAGI UCAPAN-UCAPAN I (60,945)
  • Hadis 40: 34. Siapa yang melihat kemunkaran maka ubahlah dengan tangannya ** (56,215)
  • SJ-05-0402 : kedudukan isteri ketika berjemaah dgn suami? (54,250)
  • SJ-04-0002 : mandi wajib : batal ke jika tersetuh kemaluan (51,576)
  • SJ-03-0142 : hukum memegang anjing dalam kering (49,617)
  • SJ-12-0367 : berpantang lepas bersalin dari kaca mata Islam (48,516)
  • Pernah 'Kena Tindih' Sewaktu Tidur? Apakah Ia Gangguan Makhluk Halus? (45,583)
  • Hadis 40: 18. Bertakwalah kepada Allah di mana saja kamu berada ** (45,462)
  • SJ – 2165 : DOA & AZAN UNTUK BAKAL-BAKAL HAJI DAN ADAB (44,698)
  • Isu Ummati.. Ummati.. Bila Ketua Ahlus Sunnah Malaysia Tegur Ustaz Nazmi (43,823)
more
© al-ahkam.net merupakan portal Islami. Telah diasaskan oleh zain y.s (Zainudin bin Yusro) pada tahun 1998 dengan dijayakan bersama oleh sejumlah insan-insan mulia samada secara langsung ataupun tidak. Antara yang dapat disenaraikan di sini mereka yang terbabit secara langsung: thtl (Tuan Hasan Tuan Lah), Abu_Umair (Ust Lokmanul Hakim), tytsezh, kamin (Tn Khairul Amin),  izrail (Dr Ahmad Wifaq), Pendekar (al-marhum), alitantawi (ust Adlan - al-marhum), Al-Jawhar (Ust Mohd Rafizal), UZAR (Dr Zaharuddin), ziy@d, g@y@t, Abu Syu'ib (Ust Khairul Anwar), al-Baruhiyy, Hj Zamri DK dan ramai lagi yang tidak mungkin dapat disenaraikan di sini satu persatu.