Bicara Agama
Artikel Ilmiah dari JAKIM (???)
Utusan Malaysia 19-Jan-07
Doa akhir dan awal tahun
DOA akhir tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
*Doa Akhir Tahun
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa awal tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam 1 Muharam. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
*Doa Awal Tahun
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Bila syaitan bagi tahu JAKIM macam disebut di atas:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
wa'alaikaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr abusyakir dengan kadar pengetahuan yang terhad ini, Insya-Allah.
Saudara yang bertanya ini sudah arif akan status do'a diatas. Dari apa yang saya perhatikan, setiap tahun persoalan ini akan ditimbulkan, mungkin tahun ini ia dibantu oleh media massa. 'Ala kulli hal, hukumnya telah kami nyatakan didalam jawapan yang sebelum ini. Berikut URL nya :-
SJ-07-0048 : doa awal&akhir tahun dan bubur asyura?
URL : http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&t=31502
Saya kira, persoalan sdr adalah seperti berikut :-
Do'a ini tidak langsung boleh dikatakan berasal dari hadith, kerana periwayatnya pun tak ada, sanadnya pun tidak kelihatan. Di laman-laman fatawa Arab pun tidak ada yang menceritakan tentang do'a diatas. Cuma wujud beberapa forum arab yang memaparkan sebagaimana diatas, tanpa sanadnya. Contoh2 website :-
1. http://www.ojqji.net/vb/showthread.php?p=76044
2. http://www.3deeel.com/vb/showthread.php?t=3312
3. http://www.ghrib.net/vb/showthread.php?t=8422
Pada zahir matan do'a ini, isi kandungannya baik, akan tetapi tidak boleh disandarkan sebagai kata-kata Rasulullah :saw.
Janji yang di buat di atas juga terbatal, dan boleh diandaikan ia hanyalah harapan pereka do'a ini, yang mengharapkan agar sia-sialah tugas syaitan dan moga-moga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.
Apa yang dikesalkan ialah penggunaan perkataan 'JAKIM' didalam artikel tersebut, dan secara objetif pun tidak menepati cita-rasa sebuah organisasi yang menjaga kemurnian dan kesucian Islam. Persoalannya, adakah benar penulisnya dari JAKIM? Artikel itu bukanlah ilmiah pun, kerana ia hanyalah memaparkan matan do'a akhir dan awal tahun tanpa sebarang komentar keatasnya.
Artikel ini akan menjadi ilmiah jika disertakan perbincangan mengenai do'a tersebut eg: Asalnya, Hukum membacanya dsb. Sekadar pandangan.
Sekian, wassalam
خيرالأمين