SJ-07-0056 : penggunaan 'Allahyarhamah'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0056 : penggunaan 'Allahyarhamah'

ada org kata (org agama ni, dan ramai), si mati, samada lelaki atau perempuan, akan dipanggil 'Allahyarham'. tiada istilah 'Allahyarhamah' untuk simati perempuan.

| mohon pencerahan | thanx | wassalam |

SJ-07-0056 : penggunaan 'Allahyarhamah'

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Contoh penggunaan Allahyarham :

Çááå íÑÍã ÇáÔÇÝÚí
"Allah Yarhamu Syafie - Allah merahmati Syafie"

a. Allah - berbentuk kata Nama / Nouns / Isim (Çááå)
b. Yarham / Yarhamu - (íÑÍã) - berbentuk perbuatan Allah (Present tense Verb/ Fa'il Mudhari'). Iaitu Dia (Allah) yang merahmati.
c. Syafie - Nama orang (ÇáÔÇÝÚí)

Yarhamu / Yarham itu merujuk kepada perbuatan 'DIA/He' iaitu Allah, dan bukan kepada orang yang bernama Syafie. Samalah kalau nama yang di do'akan untuk mendapat rahmat itu adalah seorang wanita yang bernama Fatimah :-

Çááå íÑÍã ÝÇØãÉ
(Allah Yarhamu Fatimah) "Allah merahmati Fatimah" - kerana perbuatan merahmati itu adalah perbuatan Allah, dan bukan Fatimah.

2. Memasukkan tamarbutah ( É ) didalam Yarham menjadi Yarhamah pun merupakan satu kesilapan tatabahasa. Kalau nak menunjukkan yang di rahmati itu adalah seorang wanita, maka ia akan menjadi :-

Çááå íÑÍãåÇ
"Allah Yarhamuha" - Allah merahmati NYA (Wanita).

3. Diantara perkataan yang boleh di gunakan untuk membezakan lelaki dan perempuan ialah pergunaan al-Marhum (ÇáãÑÍæã) dan al-Marhumah (ÇáãÑÍæãÉ) pada permulaan nama mereka.

Kesimpulannya, AllahYarham digunakan kepada lelaki dan juga wanita. al-Marhum dan al-Marhumah boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan gender.

Sekian, wassalam.

خيرالأمين