SJ-07-0070 : Solat Jenazah Ghaib (2)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0070 : Solat Jenazah Ghaib (2)

Assalamua'laikum

Merujuk soalan yang ditanyakan oleh Saudara yurei di:
Solat Jenazah Ghaib

Soalan saya: Katakan kita ingin menunaikan Solat Jenazah Ghaib, adakah kita melakukannya sebaik sahaja mendapat berita kematian, ATAU setelah mendapat konfirmasi mayat telah dimandi dan dikafankan?

Menurut buku Syeikh Al-Albani perihal pengurusan jenazah, solat jenazah itu dibuat sebelum mayat dikuburkan. Bagaimanapun, ada contoh nabi mensolati jenazah setelah dikuburkan. Bagaimana dgn. kes solat jenazah ghaib?

Pencerahannya didahulukan dgn. jazaakumullahukhaer.

SJ-07-0070 : Solat Jenazah Ghaib (2)

:wassalam

Kemusykilan:
1. Bilakah waktu solat ghaib: sebaik sahaja mendengar berita kematian atau menunggu berita mayyit itu telah dimandi dan dikafankan.

Jawab: Solat ghaib maksudnya solat jenazah yg dilakukan terhadap mayyit yg ghaib, yakni yang mati di tempat lain, yang mana orang yg ingin menziarahi akan mayyit terhalang kerana sebab-sebab syara'iy. Jadi bila time nak solat tu bukanlah syarat dan rukun solat ghaib. Ia sesuatu yg didiamkan oleh syara'. Maka hukumnya kata Ibn Hajar Asqolani ialah dari sa'at berita kematiannya hingga berlangsung selama tiga hari. Ini kerana tiga hari itu adalah tempoh bertakziah menurut yg maklum dari kitab2 fiqih.

2. Contoh Nabi SAW solat jenazah selepas mayyit dikebumikan. Ini ada nasnya (al-Albani, ahkam alJanaiz/114) bahawa suatu hari Nabi keluar ziarah kubur Baqi' dan baginda ternampak sebuah kubur yg masih baru, lalu Nabi bertanya kubur siapakah itu dan kenapa baginda tidak diberitahu bila ada penduduk Madinah yg meninggal. Bila diberitahu bahawa itu kubur seorang wanita, baginda mengenali wanita itu dan agak marah kenapa baginda tidak diberitahu. Sahabat menjelaskan ketika penyelenggaraan jenazah perempuan itu, Nabi saw sedang tidur dan berpuasa pada hari itu. Maka mereka tidak mahu mengganggu RasuluLlah saw dan lantas menguruskannya tanpa menangguhkannya.
Lantas baginda memerintahkan dibuat saf di sisi kubur itu dan beginda memimpin solat jenazah spt biasa. Kata al-Albani, sanadnya sahih.

Ia bukan solat ghaib. Adapun solat ghaib, baginda pernah melakukan untuk King Negus (Najasyi), Raja Habshah. Baginda sebenarnya beriman kepada Nabi saw tapi dikebumikan menurut ritual Kristian kerana Habshah ketika itu adalah sebuah negara Kristian. Maka bila Nabi mendengar kewafatan King Negus, maka baginda lantas mengumpulkan sahabat dan melakukan solat ghaib.

Rumusan: ada dua hukum: solat jenazah di kuburan bila seseorang terlepas solat jenazah yg resmi utk mayyit. Kedua: solat ghaib bagi yang tidak mampu menghadiri upacara solat jenazah kerana jarak yg berjauhan dan tidak mampu hadhir. Ini pendapat madzhab Syafi'iy dan Ahmad. Manakala al-Albani sendiri tidak cenderong kepada solat ghaib bila penduduk tempatan sudah bersolat atasnya. WA