SJ-07-0170 : Cium Mayat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0170 : Cium Mayat

:salam

Moga dirahmati Allah..

Persoalannya...
1) adakah cium mayat dibenar??
2) adakah batal wuduk si mayat isteri/suami apabila dicium oleh suami/isteri???
3) soalan yg sama...adakah batal wuduk si mayat apabila dicium oleh org yg bukan mahramnya??

Sekian, :wassalam

albaruhiyy (not verified)
SJ-07-0170 : Cium Mayat

ÈÓã Çááå ¡ æÇáÍãÏ ááå¡ æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå ¡ æÈÚÏ

1) Cium mayat dibenarkan kepada mereka yang merupakan mahram kepada mayat tersebut seperti, adik beradik ibu dan bapa. Begitu juga harus bagi suami dan isteri.
Dalilnya ialah hadis Bukhari daripada Aishah r.a. bahawa Abu Bakr al-Siddiq telah mencium Nabi s.a.w. selepas kewafatan baginda. (Hadis no 4098, 13/363). Hadis ini menunjukkan keharusan mencium mayat bagi orang yang harus mencium dan melihat wajahnya ketika hidup. Tujuan mencium adalah kerana kasih dan sayang kepada si mati. Sesetengah ulama merasakan kurang elok memperbanyakkan cium mayat tersebut, memadai dengan sekali sahaja.
http://www.ibn-jebreen.com/ftawa.php?view=vmasal&subid=8929&parent=600

2) Masalah kedua dan ketiga termasuk dalam hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita yang bukan mahram (termasuk isteri). Ada khilaf di kalangan ulama. Fatwa yang dipilih oleh Lembaga Fatwa Arab Saudi ia tidak batal sama ada dengan shahwat atau tidak. (Rujuk Fatwa 1405, 7/253)