SJ-07-0181 : Zikir Berlagu Untuk Ketenangan Jiwa

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0181 : Zikir Berlagu Untuk Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum wbt..

Saya ada cuba mencari dalam arkib AAN berkenaan persoalan di atas, namun saya tidak menemui jawapan yg memuaskan hati saya..

Apa pandangan para panel jika kita mendengar , bukan membaca , zikir-zikir berlagu yang " menenangkan jiwa" kita.. Adakah perbuatan seperti itu dikira zikrullah? Adakah sebarang sandaran dari Nabi saw?

jzkk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-07-0181 : Zikir Berlagu Untuk Ketenangan Jiwa

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Zikir dan doa adalah ibadah kepada Allah, maka mesti dilakukan sebagaimana cara yang diajar oleh syarak.

- Menyaringkan suara di dalam bacaan zikir dilarang oleh syarak, kecuali pada zikir yang terdapat sunnah menyaringkan suara padanya. Seperti azan, talbiah, dan seumpamanya.

- Di dalam hadis, Nabi Sallallahu ALaihi Wasallam bersabda:

ÇÑÈÚæÇ Úáì ÃäÝÓßã ÝÅäßã áÇ ÊÏÚæä ÃÕã æáÇ ÛÇÆÈÇ Åäå ãÚßã Åäå ÓãíÚ ÞÑíÈ

Maksudnya: "Bersikap lembutlah kepada diri kamu, kerana sesungguhnya kamu tidak menyeru yang pekak atau yang ghaib (kejauhan). Sesungguhnya Dia bersama kamu, sesungguhnya Dia maha mendengar lahi maha dekat". Direkod oleh Bukhari (no: 2830), dan Muslim (no: 2074).

Kata al-Hasan, "Aku menemui para sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mereka suka merendahkan suara ketika bersama jenazah, ketika zikir, dan ketika berperang". Direkod oleh Abdul Razzaq (6281).

- Nukilan ini menunjukkan tidak digalakkan menyaringkan suara ketika zikir (kecuali dalam beberapa tempat). Apatah lagi melagukan zikir-zikir tersebut dalam bentuk nyanyian. Maka ia adalah satu bentuk penambahan dalam kaifiat ibadah.

- Jika nyanyian zikir tidak dibenarkan, maka begitulah juga mendengarkan nyanyian zikir dengan alasan untuk mendapatkan ketenangan.

- Yang digalakkan untuk didengari ialah bacaan Al-Quran, sebagaimana tersebut dalam banyak nas Quran dan hadis. Ataupun berzikir sendiri kepada Allah, dengan kaifiat yang diajar oleh syarak, bukannya dengan mendengar bacaan zikir yang dialunkan dalam bentuk nyanyian.

Rujukan:

- Al-Sama' oleh Ibn Taimiyyah (satu bahagian daripada Majmuk Fatawa).
- Masalah al-Sama' oleh Ibn Qayyim.