SJ-08-0114 : Perang Badr; Adakah Nabi, Sahabat Puasa?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0114 : Perang Badr; Adakah Nabi, Sahabat Puasa?

a'kum,

soalan yg mushkilkn sy, adakah perang badar berlaku pada waktu mlm dlm bulan ramadhan. kalau siang, adakah nabi n sahabat puasa pd ketika perang tu?

SJ-08-0114 : Perang Badr; Adakah Nabi, Sahabat Puasa?

Sejarawan Islam mencatatkan bahawa Peperangan Badr al-Kubra berlaku pada bulan Ramadhan, tahun ke-2 Selepas Hijrah (Tarikh Islam Zahabiy 2/50).

Dan kefardhuan puasa Ramadhan juga bermula pada Ramadhan tahun ke-2 Selepas Hijrah. Bererti Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sepanjang hidupnya berpuasa sebanyak sembilan kali Ramadhan (Zaad al-Maad 2/69).

Fakta ini menunjukkan sewaktu berlaku Peperangan Badr, sudah difardhukan puasa Ramadhan.

Berkenaan adakah para sahabat berpuasa atau tidak sewaktu peperangan, diriwayatkan atsar daripada Umar bin al-Khattab, katanya:

"Kami berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan sebanyak dua kali, iaitu: Badr dan Fath. Lalu kami berbuka dalam kedua-dua peristiwa itu". (Zaad al-Maad 2/52).

Wallahu A'lam.