SJ-08-0131 : fidyah puasa & solat org UZUR

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0131 : fidyah puasa & solat org UZUR

:salam
Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???
Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.
Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: fidyah puasa & solat org UZUR

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Untuk ibu yang terlalu uzur untuk berpuasa bolehlah membayar fidyah sejumlah puasa yang ditinggalkan. Untuk melihat perbincangan kadar bayaran fidyah, sila layari tautan berikut :-

SJ-08-0120 : Kadar Fidyah yang perlu dibayar.
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=38493

Ada segenlintir orang berpendapat bahawa solat yang ditinggal oleh seorang yang mati boleh digantikan dengan fidyah. Mereka menqiaskan perbuatan ini dengan seseorang yang uzur membayar fidyah puasa. Ini merupakan pendapat seperti Imam al-Ghoffal. ibn Basyar ada menukilkan bahawa qaul qadim Imam al-Syafie ada menyebut bahawa jika seseorang yang telah mati, dan dia meninggalkan warisan, maka sipewaris bolehlah menqadha'kan solat untuknya dan ia bukan seperkara yang diwajibkan.

Namun demikian, jumhur berpendapat bahawa solat yang ditinggalkan tidak boleh digantikan dengan fidyah. Jika seseorang ibu yang telah uzur, beliau meinggalkan solat ketika dahulunya bukan kerana tertidur, terlupa atau hilang akal, maka solat tersebut tidak perlu di Qada'. Apa yang perlu ialah melakukan taubat nasuha. Nasihatkan beliau agar bertaubat dan, hendaklah dia diajar bagaimana bersolat dalam keadaan keuzuran beliau.

Adalah menjadi tanggung-jawab kita sebagai anak-anak mengajar ibu kita yang telah uzur bagaimana hendak melakukan solat kekadar yang dia mampu.... Jelaskan kepada ibu bahawa solat ini wajib. Ibu hendaklah melakukannya dengan kadar yang terdaya; yakni secara berdiri, duduk, baring, isyarat, dsb.

Berikut kami petik fatwa yang diambil dari pengkalan data Infad, USIM.

Quote:
Soalan:-

Hukum fidyah sembahyang dan puasa

Jawapan:-

Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah s.a. w. yang bermaksud:

“Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan Nasuha. Adapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui”.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Perlis
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Mufti Kerajaan, Negeri Perlis

sumber : http://infad.usim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2860&newlang=mas

Sekian, wassalam

خيرالأمين