[Dari Media Syiah] Pelancaran buku Kenapa Aku Meninggalkan Syiah: Laporan polis Syiah terhadap MB Kedah

Dari Media Syiah:
(Reaksi Syiah Kedah terhadap pelancaran buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah" oleh Menteri Besar Kedah.)


Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pada 15 Disember, pukul 10 pagi bertempat di Ibupejabat Polis daerah Kota Setar, ustaz Abdullah bin Hasan selaku wakil masyarakat Syiah di negeri Kedah Darulaman membuat laporan polis berhubung pelancaran buku anti-Syiah oleh Menteri Besar Kedah, Azizan bin Abdul Razak suatu ketika dahulu.

Buku yang penuh pembohongan ini dipercayai diterjemahkan oleh beberapa pelajar Universiti Al-Azhar dari judul aslinya "Lillah Tsumma Li Tarikh", sarat dengan pembohongan dan fitnah terhadap mazhab Syiah Imamiyah.

Dalam laporan polis tersebut, Azizan Abdul Razak didakwa telah melancarkan buku tersebut secara gelojoh tanpa meneliti kepalsuan fakta isi kandungannya terutama sekali pertemuan penulisnya dengan Dildar Ali yang meninggal pada tahun 1235 Hijrah, sedangkan penulis turut mencatatkan pertemuannya dengan Al-Kashif Al-Ghito' yang dilahirkan pada tahun 1373 Hijrah!

Ustaz Abdullah turut mempertikaikan pengkhianatan Azizan terhadap slogan "PAS For All" dan mempersoalkan apakah Pas akan mengambil tindakan terhadap beliau yang melanggar visi Pas pusat.

Lebih memalukan, Dr. Aziz Hanafi telah menulis kata-kata aluan dan penghargaan dalam buku yang penuh fakta palsu tersebut, sekaligus mempertikaikan martabat ahli akademik atau kedoktoran yang dimilikinya.

Antara pembohongan yang menjijikkan ialah kononnya ulama Syiah meninggal dunia dalam keadaan tidak berkhatan, Imam Khomeini bermut'ah dengan kanak-kanak dan lain-lain lagi.

Sementara itu buku tersebut sengaja memperbodohkan masyarakat awam dengan menukilkan hadis yang tidak pernah wujud dalam kitab-kitab Syiah seperti "Sesiapa yang bermut’ah dengan wanita muslimah seolah-olah telah menziarahi kaabah sebanyak 70 kali".

Untuk melihat lebih jelas pembohongan buku tersebut sila rujuk: Sepintas lalu buku “Kenapa Aku Meninggalkan Syiah” http://abna.co/data.asp?lang=15&id=272815

Pihak ABNA difahamkan, pihak polis yang melakukan siasatan mendapati buku tersebut tidak mendapat permit Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan boleh dirampas serta merta jikalau masih diedarkan.  [abna.ir]



Perhatian: Buku berkenaan boleh di muat turun di sini [LINK]