SJ-09-0005 : Q: Umrah berkali-kali semasa Haji

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0005 : Q: Umrah berkali-kali semasa Haji

Assalammualaikum,

Saya nak minta penjelasan mengenai amalan melakukan umrah berkali-kali yang lakukan oleh orang Melayu (rasanya orang Melayu aje!) ketika melakukan haji. Ada yang bertenaga & wang sampai tiga-empat kali sehari.

Apa asas amalan ini?

Wassalam.

Radzi.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0005 : Q: Umrah berkali-kali semasa Haji

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Radzi dengan kadar kemampuan yan ada, Insyaallah.

Scenario menunaikan Umrah berbanyak kali selepas selesai menunaikan Haji memang lumrah dikalangan masyarakat kita yang berada di Makkah. Apabila ditanya sebabnya, ada yang mengatakan ia sebagai amalan sunat tambahan kepada amalan Umrah sunat. Akan tetapi ada juga yang melakukan Umrah yang berkali2 berdasarkan kepada wujudnya apa yang dikatakan hadith yang menyamakan pahala menunaikan Haji jika melakukan Umrah 7 kali. Tidak pula terjumpai sebarang hadith yang berkata demikian (melainkan hadith sahih yang menerangkan fadilat menunaikan Umrah didalam bulan Ramadhan).

Pihak Kementerian Haji Arab Saudi dengan kerjasama al-Lajnah al-Daaimah juga ada mengeluarkan buku panduan yang mengatakan bahawa amalan memperbanyakkan Umrah setelah selesai ibadat Haji merupakan suatu perbuatan yang tiada dalilnya. Berikut petikan buku tersebut :-

ãÇ íÝÚáå ÈÚÖ ÇáäÇÓ ãä ÇáÅßËÇÑ ãä ÇáÚãÑÉ ÈÚÏ ÇáÍÌ ãä ÇáÊäÚíã Ãæ ÇáÌÚÑÇäÉ áÇ Ïáíá Úáì ÔÑÚíÊå
dir="ltr">"Apa yang dilakukan orang sebahagian orang ialah memperbanyakkan Umrah selepas Haji dari Tanaim atau Ja'ranah. Perkara ini tidak ada dalil"

Apakah amalan yang baik di lakukan di Makkah? Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

áÇ äÚáã ÃÞá ÍÏ Èíä ÇáÚãÑÉ æÇáÚãÑÉ ¡ ÃãÇ ãä ßÇä ãä Ãåá ãßÉ ÝÇáÃÝÖá áå ÇáÇÔÊÛÇá ÈÇáØæÇÝ æÇáÕáÇÉ æÓÇÆÑ ÇáÞÑÈÇÊ æÚÏã ÇáÎÑæÌ ÎÇÑÌ ÇáÍÑã áÃÏÇÁ ÚãÑÉ Åä ßÇä ÞÏ ÃÏì ÚãÑÉ ÇáÅÓáÇã
dir="ltr">"Kami tidak mengetahui had yang membataskan diantara satu umrah dengan umrah yang lain, bagi mereka yang menjadi ahli Makkah, yang afdal ialah menyibukkan diri dengan melakukan tawaf, solat, melakukan segala amalan baik, dan tidak keluar dari al-Haram (Makkah) semata2 untuk menunaikan Umrah jika mereka telah menunaikan Umrah" [al-Ikhtiyaaraat al-'ilimiyah fi Masaail al-haj wa Umrah, fakta no:14].

Kesimpulannya, setelah selesai menunaikan Umrah yang diperintahkan, adalah baik bagi seseorang itu melakukan amalan-amalan soleh seperti solat sunat, tawaf sunat, membaca al-Quran dsb di Masjid al-Haram. Bagi mereka-mereka yang rajin membuat Umrah, bolehlah melakukan bagi pihak kaum kerabat yang telah meninggal dunia. WA

wassalam

خيرالأمين