SJ-09-0018 : Ihram Umrah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0018 : Ihram Umrah

Salam Tuan Moderator,

Saya ada sedikit persoalan tentang haji dan umrah. Situasinya adalah berikut " Jika melakukan umrah tiab-tiba dia tidak ikut tertib, sah tak umrahnya?"

Situasi kedua
" Dia dalam keadaan ihram umrah kemudian dia melakukan sesutu yang menyebabkan umrahnya batal seperti menyentuh kain ka'bah ketika tawaf umrah, adakah beliau dikira masih dalam ihram,? sehinggalah beliau mengulang balik niat umrahnya ?

Maaf berbelit2, ada baiknya akhi thtl membuat satu buku yang santai untuk melakukan haji yang sahih memandangkan beliau telah menjadi HAJI thtl.hehehe

SJ-09-0018 : Ihram Umrah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Saya ada sedikit persoalan tentang haji dan umrah. Situasinya adalah berikut " Jika melakukan umrah tiab-tiba dia tidak ikut tertib, sah tak umrahnya?"

- Rukun umrah ialah: (1) Ihram. (2) Tawaf. (3) Saie. (4) Cukur atau gunting. Dan mestilah dilakukan secara TERTIB.

- Jika Saie sebelum tawaf, saie itu tidak sah. Jadi, hendaklah diulangi balik saie selepas tawaf.
- Jika cukur sebelum tawaf atau sebelum saie, maka hendaklah membayar dam takhyir (kambing atau puasa 3 hari atau memberi makan 6 miskin seorang 2 cupak). Dan hendaklah cukur balik selepas selesai tawaf dan saie.

Kesimpulannya, tidak tertib dalam amalan umrah tidak menyebabkan batal umrahnya. Tetapi rukun itu tidak sah dan mesti diulangi balik.

Quote:
Situasi kedua
" Dia dalam keadaan ihram umrah kemudian dia melakukan sesutu yang menyebabkan umrahnya batal seperti menyentuh kain ka'bah ketika tawaf umrah, adakah beliau dikira masih dalam ihram,? sehinggalah beliau mengulang balik niat umrahnya ?

- Umrah dan Haji tidak terbatal melainkan dengan JIMAK.

- Jadi, apa yg anda sebut iaitu menyentuh kaabah membatalkan umrah adalah tidak benar. Cuma, di sisi sebahagian ulama: memegang dinding Kaabah ketika tawaf menyebabkan tawaf tidak sah. Kerana syarak memerintahkan supaya tawaf mengelilingi kaabah, yakni di luar Kaabah. Sedangkan bahagian dinding Kaabah yang ada sekarang adalah termasuk dalam hudud binaan Kaabah asal. Dinding asal Kaabah adalah 'lebih keluar' daripada yg ada sekarang lebih kurang 45 cm.

- Untuk mengetahui di mana dinding asal Kaabah, lihat pada SYAZARWAN iaitu binaan seperti bendul di bahagian bawah dinding Kaabah sampai ke lantai. Tingginya lebih kurang 13 cm, lebarnya 45 cm. Di sisi jumhur ulama, syazarwan ini adalah sebahagian daripada Kaabah, sebagaimana hijir adalah sebahagian dariada Kaabah. (Majmuk 8/32, Mughni 5/231).

- Kesimpulan: memegang dinding Kaabah semasa tawaf, tidak membatalkan umrah atau haji. Tetapi menjejaskan sah tawaf di sisi sebahagian ulama.

Wallahu A'lam.

rujukan;
-Majmuk
-Mughni
-Makkah alMukarrah: Kelebihan dan Sejarah