SJ-09-0018 : Kota Makkah utk muslim shj?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0018 : Kota Makkah utk muslim shj?

:salam

Adakah kota Makkah kini sama sekali diharamkan bg org kapey masuk? Saya juga pernah terbaca byk cerita2 dlm majalah tabloid tempatan yg berkisar ttg hal demikian, antaranya kalu org kapey masuk, something wrong akan berlaku pd mereka~ hilang, jadi sewel, dsb.

Masalahnya saya juga pernah diberitahu oleh seorg pak Arab sendiri bhw kat dlm Mekah tu ada sebuah hotel dipunyai oleh seorang hindu yg bebas keluar masuk. Camne tuh?

:wassalam

SJ-09-0018 : Kota Makkah utk muslim shj?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Masalah adakah orang kafir boleh dibenarkan memasuki tanah haram? Ada khilaf di kalangan salaf. Sebahagian kata: boleh (Hanafiyyah) . Dan sebahagian mengatakan: tidak boleh (Malikiyyah) . Dan ada juga yang mengatakan: boleh sekiranya keperluan (Syafieyyah).

Kerana, perselisihan mereka dalam menafsir dan menanggung ayat Allah Taala:

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäøóãóÇ ÇáúãõÔúÑößõæäó äóÌóÓñ ÝóáÇ íóÞúÑóÈõæÇ ÇáúãóÓúÌöÏó ÇáúÍóÑóÇãó ÈóÚúÏó ÚóÇãöåöãú åóÐóÇ
ertinya: Wahai orang2 beriman, Sesungguhnya orang2 musyrik adalah najis. Maka janganlah mereka mendekati masjidil haram selepas tahun ini. (Al-Taubah: 28).

Mereka yang membenarkan berhujah: ayat itu adalah larangan org musyrik mengerjakan haji dan umrah. Bukan larang masuk ke tanah haram.

Mereka yang melarang pula berhujah: ayat itu nas melarang memasuki masjidil haram. (Dan tanah haram keseluruhannya adalah masjid).

Mereka yang membenarkan ketika hajat, berhujah dengan beberapa athar, yg mengecualikan hamba sahaya, atau kafir zimmi.
Seperti athar Jabir r.a. katanya: "Kecuali hamba atau seseorang dari kalangan ahli zimmah".
Dan hadith: "Tidak masuk ke masjid kami selepas tahun ini, seorang musyrik melainkan ahli zimmah dan khadam2 mereka".

lihat: Tafsir Ibn Kathir 4/131, Tafsir Qurtubi 8/104-106

Manakala undang-undang KSA sekarang, memilih orang kafir tidak dibenarkan masuk ke dua tanah haram; Mekkah dan Madinah. Mereka hanya boleh sampai sebelum sempadan tanah haram. Jika anda dalam perjalanan ke Makkah atau Madinah, sebelum sampai ke sempadan, anda akan dapati papan tanda yg meminta bukan Islam hendaklah masuk ke susur, iaitu jalan yg tidak akan sampai ke dalam tanah haram.

Quote:
Masalahnya saya juga pernah diberitahu oleh seorg pak Arab sendiri bhw kat dlm Mekah tu ada sebuah hotel dipunyai oleh seorang hindu yg bebas keluar masuk. Camne tuh?

Wallahu A'lam, kami tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini.