SJ-10-0037 : berkenaan aqiqah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0037 : berkenaan aqiqah

a'kum ustaz...

ada seorang sahabat bertanya:

- bolehkah aqiqah dilakukan selepas hari ke 7? dan kalau boleh, sampai bilakah tarikh tamahnya dibolehkan melakukan aqiqah...?

- untuk anak lelaki, bolehkah sekiranya seekor kambing dilakukan pada hari ni misalnya, kemudian seekor lagi, dilakukan pada minggu depan di tempat lain pulak...?

terima kasih, wassalam

SJ-10-0037 : berkenaan aqiqah

:wassalam

alJawab:

1. Bolehkah melakukan akidah selepas hari ke 7? Ibn Qayyim menjelaskan dalam Tuhfatul Maudud/ 55, dari Masail Imam Ahmad, bahawa Imam Ahmad menyatakan boleh jika ada uzur, hingga hari ke 21. itulah maksimumnya.

2. Mengenai dua sembelihan untuk anak lelaki pada hari yang berasingan...kita tidak dapati ada penjelasan dalam hal ini melainkan dikembalikan kepada niat dan apakah alasan si bapa kepada bayi itu? Kerana kami berpendapat ia memenatkan kerana dua kali kerja dan afdhalnya ialah pada hari ke 7. sekian