SJ-11-0030 :jual sesuatu berunsurkan islam kepada non muslim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0030 :jual sesuatu berunsurkan islam kepada non muslim

assalamualaikum para panelis al-ahkam yang di kasihi...

baru2 ini, saya sempat bertemu seorang rakan saya yang bekerja di sebuah kedai yang menjual barang berunsurkan islam seperti kaligrafi ukiran, quran, poster2 nama2 Allah, dan sebagainya...

dia tanya kat saya, hari tu ada org kafir nak beli quran. kalau x jual takut bos marah pulak nanti. salah x kalau kita jual quran, kaligrafi kat non muslim?

pastu dia tanya lagi, kalau masa dia haid boleh x dia pegang quran, tunjuk kat costumer, nak susun display kat rak, balut dsb... ? ada sorang kawan saya kata, org pempuan kalau masa haid cuma boleh niat zikir je kalau nak sebut kalimah quran pun...

harap dapat penjelasan...
wassalam

Re: jual sesuatu berunsurkan islam kepada non muslim

:wassalam

Jawab

1. Hukum menjual alQur:an dan kaligrafi kepada non-Muslim

Hukum yang rajih ialah hanya alQur:an dan terjemahnya sahaja yang boleh dijual kepada Non-Muslim, manakala Musyhaf (AlQur:an asli) dan kaligrafi nama-nama Allah dan ayat-ayat suci) tidak boleh dijual kepada non-muslim. Majlis Fatwa Kebangsaan meluluskan projek anjuran SABA untuk meletakkan naskhah alQur:an terjemahan Yusof Ali di hotel-hotel di Malaysia.

Dalil:

"yang tidak menyentuhnya (AQ) melainkan orang-orang yang disucikan" AQ 56: 79

" (AQ itu tertulis) dalam lembaran-lembaran yang MULIA." AQ 80:13

" Kamilah yang menurunkan alQur:an dan Kami pula yang akan melindunginya."

Dalil Hadith:

HR Imam Muslim dalam sahihnya dari jalur Ibn Umar ra:
" Ibn Umar berkata Nabi :saw melarang membawa (musyhaf) alQur:an ke daerah musuh (non-Muslim)."

Musyhaf dan kalimah2 (ALlah dan ayat2 suci) yg dikaligrafikan hendaklah dijaga kesucian dari dihina atau di apa-apakan oleh orang kafir.

Dalil:
" sesungguhnya orang2 musyrik itu adalah NAJIS" AQ 9:28

Komentar alQardhawi, tidak dibolehkan orag kafir memegang musyhaf kerana dia menyentuh tanpa ada rasa hormat kepadanya. (Fiqh Taharah)

2. Hukum jurujual yg ada hadath dan janabah menyentuh mushaf dan kaligrafi.

Khilaf hukumnya, Jumhur menegahnya dan mewajibkan sentuhan dgn musyhaf hendaklah dalam keadaan suci berdasarkan dalil2 di atas. Manakala ahli tahqeeq (peneliti dalil) spt alMuhaddith alAlbani mengatakan boleh menyentuhnya jika dalam keadaan hadath dan janabah. Ini juga pendapat alSyun'ani (Subulus Salam, 1/70, terbtitan Dar alIhya' atTurath alArabi, Beirut) Dasar mereka ialah pendapat Ibn Abbas yg mengatakan maksud ayat itu (AQ 56:79) ialah kitab maknun (ketika alQur:an berada di Lauh mahfudz)

:aklam