Dunia Buku: al-Syama'il Terjemahan Versi Melayu + Syarah Maulana Zakaria

Primary tabs

Oleh: zain-ys

Terjemahan kitab al-Syamail al-Muhammadiyah yang banyak berada di pasaran ialah terjemahan edisi Indonesia. Saya tak pernah membacanya. Cuma diberitahu orang begitulah.

Baru-baru ini seseorang telah menghadiahkan saya sebuah terjemahan kitab al-Syama'il kepada saya. Katanya, ini lebih bagus dari terjemahan Indonesia walaupun rekabentuknya tak berapa menarik.

Katanya lagi, terjemahan yang ini adalah versi Melayu, bukan Indon. Ada syarah atau penjelasannya. Ada nota kaki hadis yang dinyatakan dikeluarkan oleh siapa dan dalam kitab mana pada nombor berapa.

Bila saya baca kitab terjemahan ini, memang sebagaimana yang dikata. Ada syarahnya oleh Maulana Zakaria al-Kandahlawi. Dan ia terjemahan edisi Melayu.

Cuma mungkin sebahagian dari kawan-kawan salafi kita tak berapa selesa kerana di akhir halaman buku ini dipaparkan salasilah Tarekat Chisti, iaitu salasilah tarekat kepunyaan Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi.

Info lain yang berkaitan:
Ia adalah terjemahan dari edisi English.
Helaian sebanyak 434 halaman. Harganya yang tertera RM20.00
Ia diterjemahkan dan diterbitkan oleh Ab Majid bin Ahmad.
Cetakan pertama  Ogos 2004

Alamat penerbit dan telefon:
Ab Majid bin Ahmad
Mahallah Masjid al-Muqarrabin
bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur
Tel: 03-9172 7644 / 019-2848 654


Petikan kulit hadapan:


Kulit belakang:


Isikandungan:








Mukadimah syarah kitab oleh Maulana Muhamad Zakariya al-Kandahlawi, pada tahun 1926 M:




Salasilah tarekat yang diamalkan oleh Maulana Muhamad Zakariya al-Kandahlawi iaitu tarekat Chisti:

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan