SJ-11-0055 : Dari pelaburan tukar ke zakat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0055 : Dari pelaburan tukar ke zakat

Assalamu'alaikum

Panel Ahkam yg budiman

Saya telah membuat satu pelaburan (RM15K) ke dalam sebuah institusi pendidikan pra-sekolah (islamik). Dalam masa yang sama, saya memperolehi keuntungan daripada perjalanan pra-sekolah tersebut.

Soalan saya :
1. Setelah mengambilkira kesemua aspek, saya bercadang utk menukar pelaburan tersebut kepada zakat pendapatan @ harta. Adakah ia dibenarkan.?

2. Keuntungan yg saya perolehi dinilai sbg pendapatan tambahan saya, dan ia perlu dizakatkan. Bolehkah saya menggunakan jumlah zakat (RM15K) tadi sebagai sebahagian daripada pembayaran zakat pendapatan saya.. ? Contohnya purata zakat pendapatan saya utk 10thn adalah berjumlah RM15K. Adakah saya boleh untuk "tidak membayar zakat pendapatan" selama 10thn ?

Sekian
jazakallah

SJ-11-0055 : Dari pelaburan tukar ke zakat

:wassalam

alJawab:

Hal spt ini tidak pernah dibahaskan dan kami tidak pernah menemui kes spt ini.

Pertama: Zakat pendapatan termasuk gaji dan pelaburan adalah sesuatu yang baru diperkenalkan.

Kedua: Sepatutnya anda membuat audit zakat setiap tahun dan mengeluarkan 2.5% dari pendapatan bersih. Ia juga boleh dipotong secara bulanan melalui pemotongan gaji pay-slip oleh PPZ kerana zakat pendapatan bergaji tidak memerlukan haul (fatwa alQardhawi)

3: masalahnya zakat anda sekarang yang asalnya pelaburan terus kekal berada di Institusi Pra sekolah (tadika) itu dan tidak diambil oleh Pemerintah/PPZ sebagai badan pemungut zakat yg sah.

4. jika anda ingin merubah RM 15 ribu itu kepada zakat ia tidak boleh diberi kpd satu asnaf sahaja selama 10 tahun dan kita tidak pasti apakah Institusi tadika itu layak menerima zakat fi sabiliLlah. Ini keperluan asnaf2 itu berbeda dari tahun ke tahun.

Kami syorkan pelaburan anda itu tidak ditukar kepada zakat utk 10 tahun kerana cara ini tidak ada contoh sebelumnya dan kami khuatir zakat anda tidak sah dan kami anggap perbuatan bid'ah dalam berzakat.

sekian