SJ-11-0084 : x bayar lagi fitrah 2007

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0084 : x bayar lagi fitrah 2007

a'kum ustaz, ada sahabat sy nie, die ckp terlupa nk bayar fitrah raya tahun ni...

- bleh bayar lagi ker
- niat camna
- penjelasan hukum...

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0084 : x bayar lagi fitrah 2007

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr stutroop dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Tempoh tamat menunaikan zakat al-Fitr adalah semasa solat Eid dilaksanakan. Nabi memerintahkan agar seseorang itu menyempurnakan zakat al-Fitr sebelum Solat Eid, sebagaimana Ibn Abbas ra. meriwayatkana bahawa Nabi :saw bersabda :-

ãä ÃÏÇåÇ ÞÈá ÇáÕáÇÉ Ýåí ÒßÇÉ ãÞÈæáÉ ¡ æãä ÃÏÇåÇ ÈÚÏ ÇáÕáÇÉ Ýåí ÕÏÞÉ ãä ÇáÕÏÞÇÊ
dir="ltr">"barangsiapa membayarnya sebelum Solat maka zakat tersebut diterima, dan barangsiapa yang membayar selepas solat, ia hanya sedekah biasa" [Hadith Riwayat Abu Daud, 2/262, #1609; Ibn Maajah, 1/585, #1827; al-Daaraqutni, 2/138; al-Haakim, 1/409].

Bagi mereka yang lambat membayar zakat fitrah adalah berdosa hukumnya, dan hendaklah dia bertaubat dan melaksanakan juga ibadat zakat al-fitr tersebut (qadha').

Bagi mereka yang terlupa, tidaklah ada dosa keatasnya, sebagaimana firman Allah swt :-

æóáóíúÓó Úóáóíúßõãú ÌõäóÇÍñ ÝöíãóÇ ÃóÎúØóÃúÊõãú Èöåö æóáóßöäú ãóÇ ÊóÚóãøóÏóÊú ÞõáõæÈõßõãú æóßóÇäó Çááøóåõ ÛóÝõæÑðÇ ÑóÍöíãðÇ
dir="ltr">"dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah al-Ahzaab 33:5].

Menurut fatwa dari al-Lajnah al-Daaimah, (ÃãÇ ßæäåÇ áÇ ÅËã ÚáíåÇ ÝáÚãæã ÃÏáÉ ÅÓÞÇØ ÇáÅËã Úä ÇáäÇÓí ¡ æÃãÇ ÅáÒÇãåÇ ÈÇáÞÖÇÁ ÝáãÇ ÓÈÞ ãä ÇáÊÚáíá )"...tidak berdosa bagi orang yang lupa, akan tetapi dia masih wajib menqadha'nya diatas alasan yang diberikan" [al-Lajnah al-Daaimah, 9/372].

Sekian, wassalam

خيرالأمين