Jamak Kerana Sakit Dalam Kitab Matan Zubad

Primary tabs

Oleh: Zainudin bin Yusro (zain y.s)

Pada dasarnya, mazhab al-Syafi’I tidak membenarkan solat jamak kerana sakit. Namun di dalam beberapa kitab bermazhab al-Syafi’I ada memberi alternatif dengan cara bertaklid kepada pendapat yang membenarkan solat jamak kerana sakit.

Antaranya ialah kitab Fathul Muin. Menurut kitab ini:

Berdasarkan pendapat terpilih, dibolehkan menjamak solat kerana sakit samada jamak taqdim atau ta’khir.

Menurut kitab I’anah al-Tholibin, antara yang membolehkan jamak kerana sakit ialah al-Imam al-Nawawi dan imam Ahmad bin Hanbal.

Di dalam Matan Zubad menyatakan pendapat ini:

Ertinya:

Di dalam masalah (jamak) orang sakit terdapat pendapat yang jelas lagi kuat * Ia adalah pendapat pilihan Hamd al-Khattabi dan Imam al-Nawawi.

فِيْ مَرَضٍ قَوْلٌ جَلِيُّ وَقَوِيْ * اخْتَارَهُ حَمْدٌ وَيَحْيَ النَّوَوِيْ

 Matan Zubad adalah kitab mazhab al-Syafi'i yang cukup popular. Istimewanya kitab ini ialah, penulisannya dalam bentuk sya'ir.

Wallahu A'lam

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan