SJ-11-0131 : Wanita sebagai Amil Zakat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0131 : Wanita sebagai Amil Zakat

Assalamu'alaikum,

Adalah dibolehkan atau apakah hukumnya jika wanita dilantik sebagai amil zakat? ana ada baca yg Dr YAQ dalam fiqh zakatnya membenarkan dalam beberapa keadaan dan tidak dibolehkan dalam beberapa keadaan.

Cumanya jika ada diantara panelis yg mempunyai maklumat daripada tokoh dan Ulama' lainnya, silalah berkongsi dengan ana kerana kemampuan yg agak terhad untuk mencarinya. (tidak mahir berbahasa arab juga kurang mahir dlm BI) ::oops:

SJ-11-0131 : Wanita sebagai Amil Zakat

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Dr. Yusuf Qardhawi membenarkan wanita menjadi amil zakat kerana tiada dalil yang melarang wanita dari menjadi amil. Beliau menyatakan hanya sebahagian ulama sahaja yang meletakkan syarat amil mesti dari kalangan lelaki.

Walaupun begitu, orang lelaki diutamakan dari wanita pada tugasan ini, cuma wanita dibenarkan di dalam keadaan tertentu seperti pengutipan dan pengedaran zakat bagi kaum wanita.

Imam Nawawi antara mereka yang tidak meletakkan syarat lelaki untuk menjadi amil, diikuti dan disokong oleh beberapa orang ulama mazhab Syafie yang lain.

Rujukan:
- al-Majmu': 6/167-168
- Raudhah: 1/263
- Mughni al-Muhtaj: 11/483
- Hasyiah Qalyubi 'alal Minhaj : 11/60
- Fiqh Zakat: 2/14-15

Wallahu a3lam