Siapa Ahbash? Siapa Wahabi? Ikuti Pula Pandangan Syeikh al-Qaradhawi Di Web Rasminya

Golongan Wahabi adalah golongan yang dinisbahkan kepada Imam bin Abdul Wahab yang bangkit di jazirah Arab untuk memerangi kesyirikan dan khurafat, agar dapat kembali kepada al-Quran al-Sunnah. Dan di atas asas dakwah beliau inilah tertegaknya negara Saudi moden.


Penterjemah: zain-ys

Petikan dari rancangan al-Syariah wal hayah

Penonton dari German:

Banyak berlaku pertembungan antara golongan Wahabi dan Ahbash. Golongan Ahbash mengkafir golongan Wahabi. Siapakah dua pihak ini?

 

Syeikh al-Qaradhawi:

Golongan Wahabi adalah golongan yang dinisbahkan kepada Imam bin Abdul Wahab yang bangkit di jazirah Arab untuk memerangi kesyirikan dan khurafat, agar dapat kembali kepada al-Quran al-Sunnah. Dan di atas asas dakwah beliau inilah tertegaknya negara Saudi moden.

Beliau adalah seorang bermazhab Hanbali, dan tiada di sana apa yang dinamakan sebagai Wahabi.

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"426","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"350","style":"float: right; margin: 5px;","typeof":"foaf:Image","width":"466"}}]]Barangsiapa yang menghormati Imam Ibnu Hanbal, sudah semestinya mereka juga menghormati Imam Muhamad bin Abdul Wahab, kerana beliau tidak pernah terkeluar dari mazhab Hanbali.

Bukan suatu kemestian untuk dikutip setiap apa yang diambil oleh Imam Ibnu Abdul Wahab, begitu juga dengan Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim. Golongan ini menyelisihi mereka ini pada sebahagian waktu.

Ini tidak bermakna bahawa dakwah mereka adalah sesat dan menyeleweng.

Kerana ini, sungguh menghairankan golongan Ahbash ini yang dakwahnya dijalankan atas asas mengkafirkan Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim serta ramai ulama lain lagi. 

[[{"type":"media","view_mode":"media_original","fid":"424","attributes":{"alt":"","class":"media-image","height":"200","style":"float: left; margin: 5px; border: 2px solid black;","typeof":"foaf:Image","width":"154"}}]]Fenomena takfir telah saya tulis mengenainya di dalam buku Fenoma Sikap Melampau Di dalam Mengkafirkan (Zhohirah al-Ghuluww Fit Takfir). Hal ini tidak dapat diterima di dalam Islam. Islam menyempitkan di dalam hal menyifatkan seseorang individu itu sebagai kafir. Kerana pada asasnya ialah, kita perlu berbaik sangka terhadap sesama muslim. Asas inilah yang diingkari oleh golongan Ahbash. Sebab itulah saya berpendapat mereka ini adalah golongan yang bersikap melampau dalam banyak perkara.

 

 


 

Teks asal:

 

مشاهد من ألمانيا:

 كثيراً يتصادم الوهابيون والأحباش، الأحباش يكفرون الوهابيين، فمن كلا الجهتين؟.

 القرضاوي:

 وهابيون: نسبة للإمام بن عبد الوهاب الذي قام في جزيرة العرب حارب الشرك والخرافة للعودة للكتاب والسنة وعلى أساس دعوته قامت الدولة السعودية الحديثة، وهو حنبلي، وليس هناك ما يسمى الوهابية، ومن يحترم الإمام ابن حنبل لابد أن يحترم الإمام محمد بن عبد الوهاب لأنه لم يخرج عن الحنبلية في شيء، ليس من الضروري أخذ كل القضايا التي أخذها بالإمام ابن عبد الوهاب ولا حتى بالإمام ابن تيمية وابن القيم، إنما مخالفتهم في بعض الأوقات وهذا لا يعني أن دعوتهم دعوة ضالة أو منحرفة، لذا أعجب من الأحباش الذين تقوم دعوتهم على تكفير ابن تيمية وابن القيم وتكفير كثير من العلماء، عملية التكفير كتبت فيها (ظاهرة الغلو في التكفير) وهذا لا يقبله الإسلام فهو شحيح بوصف الفرد بالكفر لأن أصله حسن الظن بالمسلم، لذا أنكر على الأحباش هذا. وأرى أنهم يغالون في كثير من الأمور.

 


Catatan: Anda boleh mengikuti pandangan berbeza mengenai al-Harari dan golongan Ahbash dari al-Fadhil Ustaz Nuruddin al-Banjari di link berikut: [LINK]

Kategori Berita: