Salam
Saya ada dengar hadis(tak pasti sahih ke) dari seseorang, supaya kita meninggalkan harta pada anak2 supaya mereka tidak meminta2. Tak pasti ini kata2 atau hadis sebab saya tak jumpa full hadis ini. Soalan saya;
1) Adakah wasiat dibenarkan dalam Islam atau sebelum meninggal, kita tak payah buat apa2 utk sistem syariah/faraid itu ambik alih?
2) Katakan saya mempunyai 3 anak perempuan dan isteri yg masih hidup, manakala bila saya meninggal bolehkah harta itu dibahagi samarata pada anak2 atau kalau ikut syariah/faraid maka mcmana pembahagian harta tersebut
Saya faham pembahagian harta mendahului lelaki kerana 'protection' utk isteri dan anak2 perempuan. Ini memenuhi 'ruh' bahawa wanita itu di pertanggungjawab atas lelaki ie sblm matang n kawin atas ayah, lepas kawin jatuh pada suami dan kalau janda jatuh pada saudara2 lelakinya. Jadi harta pusaka, pada pemahaman saya, dibahagi utk lelaki atas sebab2 menjaga hak2 wanita tanggungannya. Harta ini tidak dicampurkan dgn harta pendapatan seseorang wanita kerana itu adalah miliknya penuh.
Masalahnya;
1) Wanita zaman skrg semakin ramai, ini boleh dilihat dari nisbah penduduk wanita:lelaki sendiri
2)Masyarakat zaman kini sekarang lebih materialistik. Dinamik keluarga boleh tergugat bila katakan sistem pembahagian harta jatuh pada keluarga menyebabkan perbalahan. Ini mungkin akibat kurang kefahaman org islam masa kini akan institusi keluarga islam yg menuntut hak wanita itu di 'protect'
Apakah jalan sesuai utk menyelesai masalah2 sebegini?
Salam.
Menjawab sebahagian dari soalan diatas.
1.Wasiat adalah disyariatkan dalam Islam.Bagi wasiat kepada ahli waris(yang berhak dapat pusaka) mengikut pandangan jumhur adalah mauquf(terhenti) sehinggalah keseluruhan ahli waris menyetujui wasiat tersebut dilaksanakan.Dan persetujuan itu hendaklah berlaku selepas kematian pewasiat(kerana ketika itu masing-masing telah ada hak)-Boleh Rujuk al-Mufassal-Dr Karim Zaidan Jil 10.
Manakala dalam kontek melakukan wasiat kepada seseorang untuk menguruskan hartanya nanti bagi kepentingan anak dll,itulah dinamaka al-Iiso` dalam istilah fiqh.Cara begini tidak menjejaskan faraid malah memudahkan proses melaksanakan faraid,pengurusan hutang,harta sepencarian dan lain-lain,kerana telah ada dokumen yang jelas.Wallahu A`lam.
2-faraid-
Si mati meninggalkan isteri dan 3 orang anak perempuan.Maka pembahagianya seperti berikut.
Isteri
9/72
anak perempuan 1
16/72
anak perempuan 2
16/72
anak perempuan 3
16/72
Baki diserahkan kepada Baitul Mal-15/72.
Dalam Ilmu faraid ada kaedah radd,dimana bahagian baki itu di kembalikan pada anak perempuan.Kaedah radd ini kurang popular sekalipun terdapat pandangan dalam Syafieyah sendiri yang membolehkan radd,antara alasan yang diberikan Baitul Mal sekarang telah berfungsi dengan baik maka seharuskan diberikan keutamaan bagi mereka mentadbir harta.Kalau kaedah ini dilaksanakan rasanya Baitul Mal takkan berdiam diri.ini.Wallahu Taala A`lam