SJ-11-0140 : Kuasa Forex

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0140 : Kuasa Forex

salam,
Antara perniagaan di alam internet yang popular masa kini adalah kuasa forex.Jadi adakah sah urus niaga yang dijalankan dalam perniagaan ini.Keuntungannya amat besar dalam jangka masa yang singkat berdasrkan artikel serta bukti yang mereka sertakan?Adakah terdapat unsur yang menyalahi syarak didalamnya?

SJ-11-0140 : Kuasa Forex

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Berikut adalah petikan artikel Ust Zaharuddin yang merungkai permasalahan FOREX.

Pelaburan FOREX & Swiss Cash Mutual Fund : Pandangan Shariah

b) Forex (Foreign Exchange) atau yang lebih dikenal dengan Perdagangan Mata wang Asing; Ia merupakan suatu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan matawang suatu negara terhadap matawang negara lainnya yang melibatkan pasar-pasar matawang utama di dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang FOREX matawang adalah diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari hadith Nabi yang sohih. Iaitu :-

Dalam menukar wang dengan wang, Nabi telah menyebut garis panduan yang mesti dipatuhi iaitu : Ditukar (serah dan terima) dalam waktu yang sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa Inggerisnya adalah "on the spot basis". Ia datang dari hadis :'


ÇáÐåÈ ÈÇáÐåÈ , æÇáÝÖÉ ÈÇáÝÖÉ , æÇáÈÑ ÈÇáÈÑ , æÇáÔÚíÑ ÈÇáÔÚíÑ , æÇáÊãÑ ÈÇáÊãÑ , æÇáãáÍ ÈÇáãáÍ , ãËáÇð ÈãËá , ÓæÇÁ ÈÓæÇÁ , íÏÇð ÈíÏ , ÝÅÐÇ ÇÎÊáÝÊ åÐå ÇáÃÕäÇÝ ÝÈíÚæÇ ßíÝ ÔÆÊã

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 ) .

Untuk makluman : FOREX dalam matawang yang diuruskan oleh konvensional tidak menjaga syarat ini maka ini menjadi Riba Nasiah. Ini kerana kebanyakan FOREX yang dijalankan oleh institusi Konvensional adalah ‘Forward FOREX' atau Forex yang menggunakan ‘Value forward' ( nilai masa hadapan) yang mempunyai tergolong dalam Riba Nasiah. Forex yang menggunakan nilai ‘Forward' ini sememangnya diketahui mampu menghasilkan untung yang lebih berbanding spot dalam kebanyakan keadaan jika tepat penggunaannya.

Mestilah terdapat serah terima atau disebut "qabadh" dalam Islam secara benar "hakiki" atau "hukmi" pada waktu yang sama. Masalah dalam implementasi FOREX adalah bertangguh dalam penyerahan dari kedua-dua pihak. Tatkala itu aqad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Untuk makluman : FOREX yang diuruskan oleh konvensional juga tidak menjaga syarat ini lalu ia batal dan termasuk dalam bab menjual sesuatu sebelum memilikinya yang di haramkan oleh Nabi SAW.

Selain itu, FOREX juga amat terdedah kepada unsur spekulasi berlebihan yang boleh menyebabkan ia termasuk dalam katergori perjudian. Walaubagaimanapun, tidak di nafikan unsur ini agak sukar untuk di tetapkan kadarnya.

Tidak saya nafikan, bahawa terdapat sesetengah Bank-bank Islam juga ada yang melakukan forex ini setelah mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Shariah mereka, kebanyakan mereka melakukan FOREX jenis SPOT dan bukannya jenis ‘Forward' ; apa yang pasti, sudah tentu majlis Shariah telah meletakkan beberapa syarat dan bukannya secara bebas begitu sahaja. Berkenaan pelaburan swiss yang diuruskan oleh badan Konvensional, maka sudah tentu ia tidak meletakkan sebarang perhatian kepada syarat-syarat yang di tentukan Shariah.

Pemain-pemain forex kelihatan bersungguh cuba mempertahankan keharusannya, pelbagai fatwa di momokkan kepada saya, fatwa dari Jabatan Mufti Perak, fatwa seorang penasihat Shariah sebuah bank Islam dan lain-lain. Hakikatnya, semua fatwa keharusan adalah tertakluk kepada syarat di atas dan bukannya secara mutlak. Secara mudah, bagi saya anda perlu memastikan siapa yang menguruskan transaksi ‘permainan' forex anda, adakah sebuah institusi kewangan Islam atau konvensional?; Jika institusi kewangan Islam, penasihat Shariah akan menanggung tanggungjawab, justeru, ia adalah harus bagi orang awam selagi penasihat Shariah ini mengatakannya harus.

Bagaimanapun dalam hal pelaburan Swiss yang menggunakan FOREX sebagai instrumennya ini, ia sudah ternyata sebagai sebuah institusi kewangan konvensional dan kapitalis. Sesebuah institusi kewangan konvensional sudah pasti akan menggunakan instrument forex tanpa sebarang ikatan syarat yang ditetapkan Shariah di atas. Tanpa syarat itu, transaksi antara matawang dengan matawang secara tangguh akan menghasilkan ‘Riba an-Nasiah' yang diharamkan secara sepakat oleh seluruh Ulama Islam. Ia juga adalah keputusan Panel Penasihat Shariah dunia yang bernaung di bawah nama Accounting & Auditing Organization For Islamic Institutions (AAOIFI). Antara panel penasihat Shariahnya adalah Syeikh Mufti Taqi Uthmani, Prof. Dr. Syeikh Wahbah Zuhayli, Prof. Dr. Syeikh Siddiq Dharir, Syeikh Abdullah al-Mani', Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Syeikh Dr. Nazih Hammad, Syeikh Dr. Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'quby, Dr. Mohd Daud Bakar, Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad, Syeikh Dr. Ajil Nashmi dan ramai lagi.

sumber: http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=95