SJ-11-0164 : Kadar Tersorok

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0164 : Kadar Tersorok

:salam

ingin bertanya kepada ahli panel AAN, mengenai kadar/caj tersorok yang banyak berlaku di dalam alam perniagaan kita sekarang, terutama di dalam bidang telekomunikasi.

then, nak tanya, apakah hukum pengguna yg menggunakan perkhidmatan yg kadar tersorok tersebut, yakni selepas mengetahui keadaan tersebut.

Ini kerana bukankah nabi melarang umatnya menjual sesuatu barangan@perkhidmatan yang menipu pengguna/pembeli?

:wassalam

SJ-11-0164 : Kadar Tersorok

:wassalam

al-Jawab:

Caj atau Kadar tersorok dalam urusan perkhidmatan, terutamanya telekomunikasi adalah tercela. Dalilnya:

1. ÇáãÓáãæä ÚäÏ ÔÑæØåã

Terjemahnya: Dari Aisyah ra:
" Orang-orang Islam terikat dengan syarat (perjanjian) mereka." [al-Bukhari dalam Adabul Mufrad, dinilai sahih oleh al-Albani, Ghayatul Maram, #334 )

2. ÇáÈíÚÇä ÈÇáÎíÇÑ ãÇ áã íÊÝÑÞÇ ¡ ÝÅä ÕÏÞÇ æÈíäÇ ÈæÑß áåãÇ Ýí ÈíÚåãÇ ¡ æÅä ßÐÈÇ æßÊãÇ ãÍÞÊ ÈÑßÉ ÈíÚåãÇ
Terjemahnya: Dari Hakim bin Hazm:

" penjual dan pembeli berhak membuat rundingan sebelum termeterainya (jualbeli). Jika mereka jujur dan menjelaskan (apa yang tersembunyi), mereka akan dilimpahi berkat. Jika mereka berdusta dan menyembunyikan, maka berkatnya akan dihapus." [Bukhari (2110)]

3. ãä ÛÔäÇ ÝáíÓ ãäÇ
terjemahnya: " siapa yang menipu kami maka dia bukan dari golongan kami." [HR al-Hakim dan al-Baihaqi dari Abu Hurayrah, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram (339)] Hadith ini adalah teguran RasuluLlah saw ketika melihat seorang peniaga yg menyembunyikan buahan yang rosak yang ditimbun oleh buah-buahan yg elok."

Itu dari sudut agama. Tapi anda boleh membuat aduan kepada kementerian kemunikasi, air dan tenaga (KTAK) atau suruhanjaya multimedia. sekian WA