SJ-11-0211 : permasalahan wang riba'

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0211 : permasalahan wang riba'

Salam..

1. Sekiranya menerima wang yg diyakini ia sbg wang riba', seperti duit interest dr simpanan di bank, kemanakah duit interest tersebut harus @ boleh disalurkan? Ini kerana saya berada di luar negara dan institusi kewangan berlandaskan Islam boleh dikatakan tiada. Maka untuk menghindari dr permasalahan tersebut adalah sukar.

Terima kasih

SJ-11-0211 : permasalahan wang riba'

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ini dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Didalam sessi yang ke 9 mesyuarat Jawatan kuasa Akademi Fiqh Dunia yang berlangsung di Makkah pada 12 Rejab 1406H ada menyatakan bahawa “duit yang diperolehi dari RIBA adalah haram. Seseorang Islam TIDAK boleh membelanjakan duit tersebut untuk dirinya atau kepada sesiapa yang dia beri, tetapi duit tersebut hendaklah dibelanjakan bagi kepentingan awam seperti membina Hospital, sekolah dsb. Ini tidaklah dianggap sebagai SEDEKAH akan tetapi pemberian itu merupakan proses pembersihan diri seseorang dari perkara yang diharamkan.

Malahan, TIDAK DIBENARKAN untuk meninggalkan duit tersebut dibank oleh kerana dengan duit tersebut, Bank tersebut akan menjadi bertambah kukuh. Bank juga biasanya menggunakan duit riba tersebut untuk menyokong projek2 orang Kristian dan instituisi Yahudi. Dalam kata lain, wang riba ini juga menjadi senjata terhadap orang Islam.”

Ada juga dikalangan ulama’ seperti Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. membenarkan duit-duit ini diagihkan kepada orang yang benar-benar susah. Bagi beliau, duit RIBA bukanlah seperti RACUN yang mana ia tidak boleh digunakan langsung. Apa yang HARAM ialah CARA seseorang itu memperolehi duit, iaitu RIBA. Duit tersebut adalah bersih untuk diagihkan kepada tujuan lain.

Kesimpulannya adalah apa yang jelas, duit Riba itu haram digunakan oleh Tuan punya duit. Ia hendaklah diagihkan kepada kegunaan awam atau kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Si pemberi duit tersebut tidaklah dianggap sebagai orang yang bersedekah, kerana ini merupakan cari seseorang itu membersihkan dirinya dari terjebak didalam amalan riba. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين