salam.
ada seorang sahabat saya mengadu. dia menjadi guru sandaran di sebuah sekolah dengan kadar upah RM40 sehari. sewaktu bekerja, dia hanya mengajar beberapa jam saja sehari. dan tak banyak buat kerja-kerja lain kerana ramai guru lain tak benarkan dia buat kerana dia hanya guru sandaran. setelah 24 hari bekerja, dia berhenti. dan dia telah menerima RM960.
sekarang, dia merasa serba salah untuk menggunakan wang tersebut kerana merasakan dia tidak selayaknya mendapat wang sebanyak itu berdasarkan kerja yang dia lakukan. adakah duit itu boleh dia gunakan?
diharap panel sekalian dapat membantu sahabat ana ini.. jazakumulLahu khairan katsira.
wassalam
ÈÓã Çááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ
sahabat tersebut boleh mengambil upah yang dinyatakan. kerana itulah kadar yang ditentukan oleh sekolah tersebut untuk dibayar dalam sehari, sama ada jumlah jam yang dia mengajar itu sedikit atau kurang. jika nak diikutkan tidak keterlaluan saya katakan (menurut pendapat saya) jumlah itu masih sedikit jka dibandingkan dengan tempat-tempat yang lain.
walau bagaimanapun itulah kadar yang telah ditetapkan kepada anda dalam sehari, dimana-mana tempat pun begitu dan itulah sistemnya. wang tersebut halal digunakannya.
wallahu a'lam