SJ-11-0257 : zakat dan Qurban

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0257 : zakat dan Qurban

as-salam alaikum..

saya nak bertanya tentang hukum zakat dan qurban.cth- amar ada sejumlah wang RM1000.Dia guna duit itu untuk bayar zakat harta dan buat korban,dalam erti kata lain dia guna duit RM1000 tu untuk buat 2 ibadah sekaligus.persoalanya apakah hukumnya dan adakah dikira kedua ibadah itu terlaksana?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: zakat dan Qurban

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan
yang ada, InSyaAllah.

Disebabkan soalan ini tidak mencerita berapa jumlah zakat yang perlu dibayar, kami membuat beberapa andaian untuk menjawab soalan tersebut. Di bawah ini merupakan contoh seseorang yang mengeluarkan zakat simpanan dan melakukan korban dengan wang rm1000.00 yang dia perolehi dari bonus akhir tahun.

(a) Zakat (eg: simpanan)

Berikut adalah contoh Akaun Bank Simpanan yang ingin dikeluarkan zakat.

Tarikh Masuk Tarikh Keluar Amaun (RM) Baki (RM)
01/01/2009 10,000.00 10,000.00
23/04/2009 2,000.00 8,000.00
30/05/2009 3,000.00 5,000.00
10/07/2009 200.00 5,200.00
12/08/2009 1,200.00 4,000.00
11/11/2009 2,000.00 6,000.00
31/12/2009 1,000.00 7,000.00

Baki terendah anda adalah rm4,000, dan melebihi nisab dan cukup setahun.
Maka zakat yang dikenakan adalah :-

Zakat = RM4,000 x 2.5% = RM100.00

Maka anda mempunyai lebihan rm900.00

(b) Qurban
Katakan anda ingin melakukan korban kambing, yang dianggarkan berjumlah rm475.00 (kadar korban di Kemboja) seekor.

Dengan menggunakan wang lebihan sebanyak rm900.00, anda mampu melakukan ibadat korban seekor kambing, dan masih lagi mempunyai lebihan sebanyak RM425.00.

Maka dengan menggunakan wang sebanyakkan rm1000.00, ada telah melakukan 2 ibadat dengan sahnya, InSyaAllah.

Sekian, wassalam

خيرالأمين