SJ-11-0269 : Pelan Ishtirak...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0269 : Pelan Ishtirak...

:salam

Nie satu lagi plan yg ramai ustaz2 masyukkkk....harapannya panel2 leh kaji plan nie...

http://www.eneutrimax.com & http://www.tuandell.blogspot.com @ yang nie juger.. http://www.al-ishtirak.com.my/v1/

Adakah ia tepat dari sudut syarak atau pelan ini sekadar tempelan saja???

:wassalam

Re: Pelan Ishtirak...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InsSyaAllah.

Nampaknya ketiga-tiga laman web tersebut sudah tidak dapat diakses. Lazimnya, syarikat-syarikat pyramid juga mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu 'fly by night' atau sekejap sahaja keberadaannya. Wallahu'alam, tidak pula kami menerima makluman mengenai syarikat diatas.

Beberapa garis panduan yang diberikan oleh ulama yang boleh dijadikan ukuran menilai sesuatu perniagaan, diantaranya :-

Jika tujuan perniagaan tersebut terlalu tertumpu kepada komisyen sahaja, dan bukan untuk membeli produknya, maka perniagaan jenis ini adalah haram. Komisyen boleh sampai hingga ke 10,000 ringgit, akan tetapi barangannya tidak bernilai beribu pun! Perniagaan seperti ini tidak dibenarkan atas dasar :-

1. Wujudnya unsur-unsur riba.
- Riba al-fadl (ربا الفضل)- melibatkan barangan yang sama tetapi quantiti yang berbeza.
- Riba al-Nasi'ah (ربا النسيئة) - bayaran tertangguh dimana jumlah bayarannya lebih berbanding jika membayarnya terus.

Peserta membayar dengan wang sedikit untuk mendapatkan jumlah wang yang lebih dengan menggunakan pembayaran tertangguh (deferred payment).

2. Wujudnya unsur-unsur gharar (ambiguous transaction).Transaksi gharar adalah haram, sebagaimana didalam hadith Nabi :saw riwayat Imam Muslim. Peserta tidak mungkin tahu samada dia berjaya mendapatkan jumlah pembeli ataupun tidak. Apabila seseorang itu menyertai skim pyramid, dia tidak tahu kedudukannya didalam rangkaian tersebut; samada dia mendapat keuntungan yang sama atau kurang dari yang lain. Lihat sahaja realiti, ada dikalangan ahli yang mendapat untung beribu-ribu ringgit, dan ada yang rugi pula.

3. Terdapat juga transaksi yang mengambil duit seseorang secara jalan yang tidak dibenarkan; contohnya kontrak tersebut memihak kepada syarikat sahaja dan bukan peserta skim. Amalan ini tidak dibenarkan. Firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu." [surah al-Nisa' : 29].

4, Wujudnya unsur-unsur penipuan, misalnya memberi gambaran yang tidak benar, memusing-musingkan cerita, menunjukkan produk2 seolah-olah inilah tujuan transaksi tersebut, akan tetapi pada hakikatnya dengan memomok-momokkan mereka dengan idea-idea / angan-angan akan mendapat komsyen yang besar dimana realitinya kebanyakkan mereka tidak akan mendapatnya. Penipuan ini adalah haram dari segi syara'. Nabi :saw bersabda :

من غش فليس مني
"Barangsiapa yang melakukan penipuan dia bukan dari kalanganku" [Hadith Mutafaq alaih].

Andai kata ada yang berpandangan bahawa ia seperti broker, malah tidak benar didalam kebanyakkan skim pyramid. Didalam sistem broker, seseorang broker menerima bayaran sebaik sahaja produk dijual, akan tetapi didalam skim pyramid seorang peserta dikehendaki membayar yuran bagi melayakkannya memasarkan produk tersebut. Ini bermakna, memasarkan produk tersebut secara hakikat, dan bukannya bertujuan memasarkan transaksi dan bukannya produk. Disini kita lihat seorang peserta akan memasarkan kepada si A, kemudian si A memasarkan ke si B, dan si B akan memasarkan ke si C. Didalam kes broker, mereka hanya menjual kepada pembeli yang inginkan produk tersebut. WA.

sekian, wassalam

Rujukan : Fatwa no: 22935, al-Lajnah al-Daemah, bertaikh 14-3-1425H.

خيرالأمين