SJ-11-0273 : Hukum berkaitan tanah wakaf - Siri2

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0273 : Hukum berkaitan tanah wakaf - Siri2

:salam

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih diatas jawapan yang terdahulu SJ-13-0363 : Hukum berkaitan tanah wakaf - ( http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34258&highlight=&sid=38a620ee5fef2b5d003407921b3f90e4 )

Sebab di situ masih ada kekaburan untuk panel menjawab nyer...antaranya:
1-

Quote:
Komen: Antara syarat wakaf adalah harta itu menjadi milik pewakaf. Dalam hal ini, terdapat sedikit permasalahan disini. Iaitu telah wujud khiyar syarat iaitu tanah itu hanya boleh dibeli utk tujuan wakaf. Jika dibeli tapi tidak diwakafkan, maka jual beli itu tidak sah dan terbatal. Dengan erti kata lain, apabila khiyar syarat wuju dari pihak penjual, maka pemilikan tidak berpindah tangan sepenuhnya kepada pembeli. Sedangkan syarat harta wakaf seperti yg dinyatakan adalah harta itu mesti menjadi milik pewakaf secara mutlak. Tetapi, jika khiyar syarat itu dtgnya dari pembeli, maka itu tidak ada apa2 masalah. Maka di sini perlu diperhatikan lebih mendalam lagi oleh kedua2 belah pihak.

masalah wujud khiyar syarat.... tanah tersebut adalah untuk dijual kepada pembeli yang hanya mahu mewaqafkan tanah tersebut saja....kalo pembeli beli tanah tersebut tapi tak jual...maka pihak penjual tak jual...boleh ker gitu????

2 -

Quote:
Maaf, ana tidak faham soalan ke 3

Quote:
3) Bolehkan diberikan kepada penjual tanah utk tujuan wakaf tersebut yakni pemungut saguhati sebanyak 25% dari kerja2 pengutan yg dijalankan?????

Begini....penjual tanah tersebut mempunyai agen2 penjual tanah untuk jual tanahnya...agen2 tersebut akan mencari pembeli yang mahu membeli tanah tersebut dan kemudian dia mewaqafkannya....jadi....untuk agen2 tersebut...maka diberikan 25% saguhati dari hasil jualan tersebut kepada agen...boleh ke idak???

Sekian...terima kasih atas keperihatinan...:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-13-0363 : Hukum berkaitan tanah wakaf - Siri2

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Soalan 1:

Apabila pembeli berniat membeli / menhulurkan waqaf tetapi kemudiannya tidak mahu menjual/mewakafkan, dan pihak yang menjual tidak menjualnya, maka pada dasarnya transaksi tidak berlaku. Persoalannya, apakah hukumnya? Hukumnya tidak berdosa (tidak mengapa), kerana wakaf itu adalah amalan sunat, dan bukan wajib seperti zakat. Tidak membayar zakat hukumnya berdosa, dan hukum membatalkan wakaf, tidak berdosa dan tidak mendapat pahala.

Wakaf ini merupakan ibadat hambanya kepada Allah swt dengan menunjukkan kesungguhannya memberi barang-barang yang mereka sayangi; seperti tanah, rumah, wang, dsb kerana Allah swt. Firman Allah swt :

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" [surah Aali Imran : 92]

Hukum berwakaf adalah mustahab (digalakkan) untuk setiap umat Islam. Ini merupakan “budaya” para sahabat. Berkata Jabir ra :-

ما بقي أحد من أصحاب رسول (ص) له مقدرة إلا وقف
“Tidak ada seorang pun di kalangan sahabat yang berkemampuan tetapi tidak mewakafkan hartanya” [al-Fiqh al-Manhaji, 5/11].

Jelas menunjukkan bahawa amalan berwaqaf ini sangat dituntut. Bagi mereka yang membatalkan niat waqafnya tidak mendatangkan apa-apa baginya.

Soalan 2 :

Mengenai saguhati 25% hasil upah penjualan tanah waqf, hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut :-

a. Peratus kadar pembayaran kepada mereka yang menjual tanah (agen2) waqaf tersebut hendaklah dilihat dari faktor pasaran % upah pengurusan waqaf keseluruhannya. Misalnya boleh lihat bagaimana Majlis Agama Islam Selangor atau Johor mengenai peratusan upah tersebut, dan menjadikan ia sebagi tanda aras peratusan upah.

b. Wang upah tukang jual hendaklah di ambil dari % yang diterima oleh penerima wakaf menurut Syiekh Abdul Rahman Ibn Jibreen rh.

c. Hendaklah dinyatakan jumlah ini ketika melakukan penjualan waqf. Al-Waqif atau pewakaf hendaklah tahu (transparent) bagaimana wang tersebut akan digunakan. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين