assalamualaikum
para moderator yg saya hormati.soalan saya ialah tentang masalah azan dan iqamat kepada bayi islam.hal ini telahpun diterangkan oleh ustaz thtl dalam satu soalan yg dikemukan dulu.alhamdulillah.
cumanya masalah saya dan rakan-rakan yg bekerja di wad, bila bayi selamat dilahirkan, kami kena azan atas desakan nurse dan pesakit/saudara-mara. sukar nak mengelak especially bila hanya tinggal kita sorang je lelaki islam. kalau nk membangkitkn masalah tiada nas yg sahih ttg azan bayi nih, rasanya lagi gawat jdnya.bagaimana cara terbaik utk menghadapi situasi begini?
terima kasih.
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-12-0010: azan bayi islam
Primary tabs
Mon, 08/12/2003 - 5:22am
#1
SJ-12-0010: azan bayi islam
:salam
Kami memohon maaf krn soalan ini telah lebi sebulan tidak berjawab. Oleh krn THTL tidak dapat menjawab soalan ini disebabkan beberapa maslaah yg timbul, saya akan cuba utk menjawabnya. saya sedar, keilmuan saya jauh berbeza daripada THTL yg lebih berhak utk menjawab soalan ini. Apatah lagi, soalan yg dirujuk sdr itu dijawab oleh beliau.
Pertama sekali, perlu dijelaskan azan bayi ini bukanlah termasuk dalam bid'ah yg dicela. Ia merupakan khilaf dikalangan ulama'. Ulama' yg membolehkannya juga terdiri dari kalangan ulama' yg hebat antaranya Imam Ibn Qayyim (Tuhfatul Wadud), Imam alBaihaqee (Sya'bul Iman) dan disokong Dr. Yusuf Qardawi. Mereka berpendapat boleh azan dan iqamat kerana hadis2 dhaif itu bila dikumpulkan menjadi kuat dari pelbagai jalur riwayat.
Perlu juga ditegaskan di sini, bahawa amalan ini bersandarkan kpd hadis2 yg dhaif. Atas alasan ini, terdapat ulama' yg azan bay ini bukanlah sunnah sptmana yg diterangkan oleh THTL.
Saya mengatakan, oleh krn dalil2 yg dipakai adalah dhaif, maka hukumnya bukan sunat krn hadis dhaif tidak boleh dijadikan sandaran hukum. oleh itu pendpt yg rajih adalah pendpt yg mengatakan hukum azan bayi ini bukanlah sunnah. Namun begitu, tidak boleh kita mencela mereka yg mengamalkannya krn ia merupakan perkara khilaf.
Dalam kes sdr, saya berpendapat tiada salah utk sdr mengazan dan mengiqamatkan bayi itu krn meraikan suasana. Kemudian, mungkin dikemudian hari, apabila masa sesuai, terangkanlah dgn penuh hikmah.
Sekian. WA.
:wassalam
RUJUKAN
Soaljawab dalam arkib
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.
updating
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.