SJ-12-0027 : Masalah kasih sesama manusia

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0027 : Masalah kasih sesama manusia

Assalamualaikum...
Ustaz sahabat saya telah berkawan dgn seorg lelaki..maksud saya mereka suka sama suka berlandaskan Kerana Allah..sahabat saya ini seorg gadis yg masih menuntut di tingkatan 6 manakala lelaki tersebut bekerja sambil belajar.sahabat saya berkawan dgn leleki tersebut krn dilihat leleki tersebut mendekatkan dirinya kpd Allah..soalan saya bolehkah shbt saya mnrskan hbgan sedangkan beliau masih belajar..dan apakah hukumnya bercinta walaupun cinta kepada Allah lebih kuat daripada manusia tersebut..!!!wassalam

SJ-12-0027 : Masalah kasih sesama manusia

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri faiqah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bercinta diantara dua insan (lelaki dan wanita) sebelum berkahwin/nikah tidak wujud didalam Islam. Perkara ini telah dijelaskan oleh Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam Fatawa Muasyirah jilid 2 bab : ÇáÍÈ ÞÈá ÇáÒæÇÌ æãæÞÝ ÇáÃåá - "Cinta sebelum berkahwin dan sikap ahli keluarga". Disini kami memetik bahagian awal fatwa beliau :-

ÃæÏ Ãä ÃÄßÏ ãÇ ÐßÑÊå ãÑÇÑðÇ: Ãäí áÇ ÃÍÈÐ ãÇ íÞæáå ÈÚÖ ÇáäÇÓ Ýí ÚÕÑäÇ ãä ÖÑæÑÉ " ÇáÍÈ ÞÈá ÇáÒæÇÌ " áÃä åÐÇ ÇáØÑíÞ ãÍÝæÝ ÈÇáÎØÑ ãÍÇØ ÈÇáÔÈåÇÊ.
ÝßËíÑðÇ ãÇ íÈÏà ÈÏÇíÉ ÛíÑ ÓáíãÉ æáÇ ãÓÊÞíãÉ¡ ßÇáÍÈ ÇáÐí íÃÊí Úä ØÑíÞ ÇáãÍÇÏËÇÊ ÇáåÇÊÝíÉ ÇáÊáíÝæäíÉ ÇáÚÔæÇÆíÉ¡ ÇáÊí íÊÓáì ÈåÇ ÈÚÖ ÇáÔÈÇÈ Ýí ÝÊÑÇÊ ÝÑÇÛåã Ãæ ãááåã Ãæ ÚÈËåã¡ ÝÊÓÊÌíÈ áåã ÈÚÖ ÇáÝÊíÇÊ¡ æåÐÇ íÍÏË ÚÇÏÉ ãä æÑÇÁ ÇáÃåá¡ æÈÏæä ÇÎÊíÇÑ æáÇ ÊÝßíÑ áÇ ãä ÇáÝÊì æáÇ ãä ÇáÝÊÇÉ¡ Ýåæ íÈÏà ßãÇ ÞÇáæÇ Ýí ÇáÊÏÎíä " ÏáÚðÇ" æíäÊåí " æáÚðÇ"¡ íÈÏà åÒáÇð æíäÊåí ÌÏøðÇ.
æßËíÑðÇ ãÇ íÄÏí Åáì ÚæÇÞÈ ÛíÑ ãÍãæÏÉ¡ áÃäå íÊã ÈÚíÏðÇ Úä ÏÇÆÑÉ ÇáÖæÁ¡ ãÚ ØíÔ ÇáÔÈÇÈ¡ æÊÍßã ÇáÚæÇØÝ¡ æÛáÈÉ Çáåæì¡ æÓíØÑÉ ÇáÛÑÇÆÒ¡ ææÓæÓÉ ÇáÔíÇØíä ãä ÇáÅäÓ æÇáÌä¡ æÝí ãËá åÐÇ ÇáãäÇÎ áÇ íÈÚÏ ãä ÇáÝÊì æÇáÝÊÇÉ Ãä íÞÚÇ Ýí ÇáÎØá æåãÇ áíÓÇ ãä ÇáãáÇÆßÉ ÇáãØåÑíä¡ æáÇ ÇáÃäÈíÇÁ ÇáãÚÕæãíä.
æÝÖáÇð Úä åÐÇ æÐÇß ÞÏ íßæä ÇáÍÈ Èíä ØÑÝíä ÛíÑ ãÊßÇÝÆíä ÇÌÊãÇÚíðÇ Ãæ ËÞÇÝíðÇ¡ ÝÊÍæá ÏæäåãÇ ÇáÍæÇÆá¡ æÊÞÝ ÇáÚÞÈÇÊ æÇáÚæÇÆÞ Ïæä ÇÑÊÈÇØåãÇ ÈÇáÒæÇÌ¡ æÝí åÐÇ ãÇ Ýíå ãä ÍÑÌ ÇáÕÏÑ¡ æÔÊÇÊ ÇáÃãÑ.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar.

Sering hal ini dilakukan dengan cara yang tidak sihat dan tidak lurus, seperti cinta yang didatangkan melalui talipon, yang sering dilakukan oleh anak muda pada waktu-waktu lapang atau untuk mengisi kekosongan waktu, kemudian disambut oleh pihak perempuan. Hal ini biasanya dilakukan tanpa pengetahuan keluarga, tanpa berdasarkan pilihan dan pemikiran terlebih dahulu, baik dari pihak lelaki maupun perempuan. Maka hal ini pada mulanya - sebagaimana halnya dengan merokok -- hanyalah cuba-cuba tetapi akhirnya menjadi "cinta", bermula dari main-main akhirnya menjadi sungguh-sungguh.

Hal ini sering menimbulkan akibat-akibat yang tidak terpuji, kerana jauh dari cahaya dan bimbingan, hanya menuruti kegelojohank remaja, hanya menurut perasaan, hanya memenuhi keinginan hawa nafsu dan kehendak, dan memperturutkan bisikan syaitan dari jenis manusia dan jin. Dalam keadaan demikian ini tidak kurang si-pemuda dan si-gadis terjatuh kedalam lembah dosa, kerana mereka bukan malaikat yang disucikan dan bukan pula dari kalangan nabi-nabi yang maksum.

Lebih-lebih lagi jika kedua-dua insan yang mabuk cinta itu tidak sejajar status sosial dan intelektualnya. Dalam keadaan seperti ini akan muncul pintu-pintu rintangan diantara kedua-duanya sampai mereka menaiki jinjang perkahwinan. Keadaan seperti ini hanya menimbulkan hati yang terluka dan urusan menjadi sukar" - tamat petikan fatwa
=======

Jelas dari pandangan beliau bahawa tidak ada konsep percintaan sebelum berkahwin. Percintaan kedua-dua insan ini dikhuatiri mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Samada ini akan menjurus kepada perbuatan maksiat, ataupun boleh menyebabkan kedua-dua pihak mengalami kekecewaan. Didalam Islam, jika sudah ada keinginan bercinta, eloklah diteruskan dengan melamar dan seterusnya bernikah. Sebelum kedua-dua insan tersebut di ijab-qabulkan, hubungan kedua-dua mereka adalah sama sebagaimana lelaki yang bukan mahram, walaupun mereka telah bertunang. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam Fatawa Muasyirah jilid 2 bab : ÎØæÑÉ ÇáÊÓÇåá Ýí ÇáÎáæÉ ÈÇáãÎØæÈÉ - "Bahaya berdua-duaan secara private bersama tunang" menegaskan :

æãÇ ÏÇã åÐÇ ÇáÚÞÏ - ÈÅíÌÇÈå æÞÈæáå - áã íÊÍÞÞ ÝÇáÒæÇÌ áã íÍÏË ÃíÖðÇ áÇ ÚÑÝðÇ æáÇ ÔÑÚðÇ æáÇ ÞÇäæäðÇ¡ æÊÙá ÇáãÎØæÈÉ ÃÌäÈíÉ Úä ÎÇØÈåÇ áÇ íÍá áå ÇáÎáæÉ ÈåÇ¡ æáÇ ÇáÓÝÑ ãÚåÇ Ïæä æÌæÏ ÃÍÏ ãÍÇÑãåÇ ßÃÈíåÇ Ãæ ÃÎíåÇ
"Selama akad nikah - dengan ijab dan kabul - ini belum terlaksana, maka perkahwinan itu belum wujud dan belum terjadi, baik menurut adat, syara', maupun undang-undang. Wanita tunangannya tetap sebagai orang asing bagi si peminang yang tidak halal bagi mereka untuk berduaan dan berdua-duaan tanpa disertai salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau saudara laki-lakinya." - tamat petikan fatwa.
--------------

Diharap fatwa dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini boleh diambil ikhtibar. Interaksi umum diantara kedua-dua insan (lelaki dan wanita) ini telah kami jelaskan didalam SJ-13-0044 : hubungan dgn bukan muhrim yang juga diambil dari fatwa Syiekh Al-Qaradhawi didalam skop batasan-batasan yang dibenarkan didalam Islam. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Syiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.

2. Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.

خيرالأمين