SJ-12-0124 : lafaz cerai kinayah

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0124 : lafaz cerai kinayah

soalan dr forum lain---

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga VF.

Apa pendapat korang apabila si suami menyatakan dalam

perkataan "ESOK AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU DALAM RUMAH

INI LAGI" adakah itu sama dengan lafaz cerai.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0124 : lafaz cerai kinayah

:wassalam

ÇáÌæÇÈ
alJawab:

Ia dinamakan lafadz kinayah (sindiran) dan bukanlah lafadz cerai yang mana ia memerlukan dilafadzkan dengan sarih (jelas). Mengikut peraturan Malaysia, ia hendaklah dilafadzkan di hadapan pendaftar nikah-cerai dalam kamarnya bersama saksi.

Isteri hendaklah akur dengan perintah suaminya, pulang ke rumah walinya dan keesokan harinya hendaklah bertanyakan suaminya, " Abang, apakah abang bermaksud ingin menceraikan saya?"
Jika suaminya cakap, YA. Maka keduanya hendaklah buat apa yang patut termasuk meminta pandangan dari keluarga masing-masing.

sekian

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0124 : lafaz cerai kinayah

Sekadar tambahan dan makluman-

Bidangkuasa mendengar kes perceraian atau pengesahan sesuatu lafaz perceraian adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah(U2 Keluarga Islam).Oleh yang demikian perceraian hendaklah dilakukan didepan Hakim Syarie atau dimana tempat(seperti di penjara/pusat serenti) atas arahan dan kebenaran Hakim Syarie-(biasanya di penjara bagi tahanan reman tunggu bicara/atau pesalah kes berat-dibenarkan lafaz talak didepan dua org pegawai penjara)begitu juga jika terlafaz diluar mahkamah/tanpa kebenaran mahkamah-perlu buat pengesahan lafaz tu di MS-

Melafazkan talak diluar atau/dan tanpa kebenaran mahkamah adalah satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum perjara 1000@penjara 6 bulan -S-125 UKI.WA