SJ-12-0169 : Hak Merujuk Pada Talak Fasakh dan Taklik

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0169 : Hak Merujuk Pada Talak Fasakh dan Taklik

Saya ingin bertanya, apakah ada hak merujuk pada seorang suami jika pembubaran pernikahan adalah dilakukan oleh Hakim seperti dalam kes talak fasakh dan taklik?

Jika ada, apakah ada hak pada si isteri untuk menolaknya kerana talak tersebut bukannya dijatuhkan oleh suami tetapi oleh hakim? Lagipun, punca utama kenapa isteri membuat permohonan di mahkamah adalah kerana suami tidak mahu menceraikan secara baik.

Terima kasih.

SJ-12-0169 : Hak Merujuk Pada Talak Fasakh dan Taklik

1. Hak merujuk pada seorang suami jika perceraian secara:

a. Fasakh

Fasakh maksudnya perceraian itu bukanlah pilihan suami spt biasa, melainkan kerana suami ditimpa keaiban yg besar spt gila yg berterusan, penyakit yang kronik (zaman dulu kusta dan sopak, hari ni mungkin HIV positf) dan mati pucuk. perceraian secara fasakh, maka jatuhlah talak ba'in sughra. Tak boleh rujuk kecuali dipersetujui semula oleh x-isteri dan jika nak rujuk kena akad dan mahar yg baru.

b. Taklik maksudnya lafadz cerai yg tergantung. Cthnya ketika akad, suami menandatangani lafadz taklik,"jika saya ghaib tanpa sebarang nafkah selama 6 bulan, maka jatuh talak satu jika isteri mengadu kpd Hakim. Maka talak jatuh tapi suami masih ada hak rujuk sebab ia cuma talak raj'iy (yg masih ada peluang rujuk tanpa akad yg baru)

2 Isteri berhak menolaknya?

a) dalam kes fasakh, memang itu kuasa mahkamah dan jika mahkamah telah memutuskan kes itu berpihak kpd isteri, maka jatuhlah talak ba'in. Jika isteri kekal menolaknya, maka bubarlah perkahwinan itu utk selama-lamanya.

b) dalam kes taklik, isteri tak boleh tolak sebab ia cuma talak raj'iy. Jika suami muncul semula dan memfailkan kes di mahkamah utk menuntut semula isterinya, maka jika isterinya enggan, maka akan berlaku kes dan mungkin kena bicara dulu.

Ruj: Prof Mahmud Zuhdi, Undang-undang keluarga Islam, Karya Abazie Ampang.

SJ-12-0169 : Hak Merujuk Pada Talak Fasakh dan Taklik

Sekadar tambahan:

Dalam kes perceraian secara taklik,terdapat negeri yang mengaitkan talak tersebut sebut dengan tebus talak(khulie)-seperti tertera di belakan surat perakuan nikah tu-..........jika sabit adunya disisi Hakim Syarie dan dia membayar kepada mahkamah RM1 bagi pihak suami maka tertalaklah dia dengan satu talak secara khulie-(Sila rujuk lafaz taklik pada surat nikah ).

Dalam kes lafaz taalik seperti disebut-talak tersebut dikira bain sugha-rujuk kena aqad dan mahar yg baru.Tujuan dikaitkan dengan tebus talak ini bagi mengelakan kemudaratan pada pihak isteri.(sebab sekalipun dah sabit dan disahkan jatuh talak oleh Hakim tapi dalam keadaan talak rajie suami boleh rujuk balik sekalipun tanpa keredaan isteri,oleh itu matlamat perceraian cara taklik tak tercapai.

Dalam kes rujuk talak rajie-jika suami nak rujuk dan isteri setuju.mahkamah boleh arahkan isteri supaya hidup bersama semula,tapi jika sebaliknya jika isteri enggan /tidak bersetuju rujuk,maka mahkamah tidak boleh memerintahkan terus isteri tersebut untuk hidup bersama,dan Mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai dan proses seterusnya adalah mengikut proviso berkenaan.WA

WA