Nota: Sahih Muslim 03/06/2009 - Proses Cuka Dan Bolehkah Berubat Dengan Arak?

Sahih Muslim 03/06/2009 - Bolehkah Memproses Arak Untuk Dijadikan Cuka?

Making Balsamic Vinegar

Oleh zain-ys (al-ahkam.net)
(Nota ini berdasarkan kuliah Maulana Mohd Asri Yusoff SM030609)

Durasi 00:00:00 Pembacaan Matan: Bab: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka.
Durasi 00:00:39 Pembacaan Matan: Bab: Pengharaman berubat dengan arak
Durasi 00:01:20 Pembacaan Matan: Bab: Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak
Durasi 00:02:36 Pembacaan Matan: Bab: Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali


Durasi 00:09:40 Terjemahan: Bab: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka.
Durasi 00:10:21 Terjemahan: Bab: Pengharaman berubat dengan arak
Durasi 00:11:28 Terjemahan: Bab: Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak
Durasi 00:13:11 Terjemahan: Bab: Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali



Cuka nipah HPADurasi 00:20:52 Syarah: Bab: Pengharaman Memproses arak untuk dijadikan cuka.
Masalah 1: Bolehkah membuat cuka dari khamar dengan cara memprosesnya, iaitu dengan memasukkan sesuatu kedalamnya atau sebagainya?
Masalah 2: Bagaimana jika cuka terhasil dari khamar secara semula jadi, iaitu ia jadi dengan sendirinya tanpa melalui proses tertentu?

Syarah Imam al-Nawawi:
Hadis ini menjadi dalil untuk al-Syafi'i dan jumhur ulama yang berpendapat tidak boleh memproses arak untuk dijadikan cuka. Ia tidak jadi suci dengan sebab proses berkenaan. Jika ia diproses dengan memasukkan roti atau bawang atau ragi atau sebagainya, maka cuka itu kekal kenajisannya dan ia menajiskan bahan yang masukkan tadi. Cuka ini juga akan kekal kenajisannya, sekalipun dicuci atau sebagainya.
Manakala jika proses menjadikan cuka itu dengan cara memindahkan dari pancaran matahari ke tempat teduh atau dari tempat teduh ke pancaran matahari, maka kesuciannya itu ada dua wajah/pendapat. Yang ashah ia suci hukumnya.

Di atas itu adalah pendapat mazhab al-Syafi'i, Ahmad dan Jumhur ulama.

Durasi 00:26:21 Pendapat al-Auza'i, al-Laits dan Abu Hanifah: Memproses arak untuk menjadikannya sebagai cuka adalah suci.
Pendapat Malik pula ada tiga riwayat. Yang paling ashah ialah proses berkenaan adalah haram. Siapa yang melakukannya adalah berdosa dan cuka berkenaan suci. Pendapat kedua Malik: Haram dan tidak suci. Pendapat ketiganya: Ia halal dan suci.

Telah ijmak bahawa jika khamar berkenaan bertukar menjadi cuka dengan sendirinya, maka ia adalah suci. Cuma, ada dihikayatkan dari Sahnun al-Maliki bahawa cara ini juga tidak suci. Kalau benarlah hikayat ini, maka pendapat ini tertolak kerana ijmak telahpun berlaku sebelum itu. (Lihat Sahih Muslim Bi Syarhin Nawawi, juz 13, hal. 152, Cet. Matbaat al-Mashriyah Bil Azhar, 1347H)

Durasi 00:28:46 Hadis secara jelas menyatakan bahawa memproses khamar menjadi cuka (dengan memasukkan sesuatu kedalamnya atau sbgnya) adalah dilarang. Namun mengapa ada juga ulama yang membolehkannya?
Beberapa alasan:
Alasan 1. Sanad hadis dipertikaikan. Iaitu terletak pada perawi Suddi Kabir. Ulama memperselisihkannya, ada yang menerimanya dan ada menolaknya.
Penjelasan persoalan mengapa Imam Muslim memasukkan Suddi sebagai perawi kitab sahihnya? Muslim memasukkannya sebagai iktibar bukan sebagai hujah. Di sini dilhat betapa pentingnya memahami manhaj Imam Muslim.

Durasi 00:41:17
Alasan 2. Berdasarkan beberapa riwayat lain, hadis ini berlatarbelakangkan waktu permulaan khamar itu diharamkan di mana memproses arak menjadi cuka juga diharamkan, namun selepas itu ia dihalalkan. (Ruj. Takmilah Fathul Mulhim, juz. 3, hal. 510)



Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang menggunakan pendapat mazhab al-Syafi'i dan jumhur ulama:

Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walaubagaimanapun, sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia adalah halal.

Keputusan (English):

The Ruling on Wine Vinegar

Decision:

The 73rd Muzakarah (conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 4th -6th April 2006 has discussed the ruling on wine vinegar. The Committee has decided that wine that turned into vinegar by adding extra substances is unlawful. However, the wine that turned into vinegar naturally is halal.

Sumber:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-wine-vinegar-cuka-wain
 

 



Durasi 00:44:35 Syarah Bab: Pengharaman berubat dengan arak Dan Menyatakan Arak Itu Bukanlah Ubat
Dari hadis ini Ulama merumuskan bahawa bahan yang diharamkan tidak akan menjadi ubat.

Masalah: Bagaimana jika bahan berkenaan dicampur dengan bahan lain dengan cara tertentu?
Jawab: Ulama khilaf.

Masalah: Jika ia tidak dicampurkan atau tidak diproses dengan cara tertentu?
Jawab: Tidak boleh

Masalah: Jika doktor yang dipercayai menyatakan bahawa untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh seseorang tidak ada ubat lain melainkan dengan khamar.
Jawab: Dibenarkan

Masalah: Jika dalam keadaan darurat seperti tercekik makanan di tekak dan tidak ada minuman lain selain arak.
Jawab: Dibenarkan

Durasi 00:48:14 Ramai ulama yang mengkaji bahawa bahan-bahan yang diharamkan ini sekalipun telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain, ia tetap tidak dapat menjadi ubat penawar yang sebenarnya. Ia hanya dapat menutup penyakit dalam tempoh sementara sahaja.



Durasi 00:51:43 Syarah: Bab: Menyatakan semua yang direndam untuk dibuat arak daripada kurma, tamar dan anggur itu dinamakan khamar/arak
Hadis-hadis dalam bab ini adalah mendokong pendapat imam Abu Hanifah yang menghadkan khamar dari bahan Anggur dan kurma sahaja. Sila rujuk nota kuliah sebelum ini.

Durasi 00:57:34 Masalah: Kenapa empayar Islam yang besar akan menggunakan mazhab Hanafi sebagai sumber rujukan utama?
Jawab: Kerana Imam Abu Hanifah agak teliti dalam hal yang berkaitan dengan hukuman hudud dan hal-hal kenegaraan.






Kategori Berita: