SJ-12-0177 : Aurat dgn Mertua Tiri...

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0177 : Aurat dgn Mertua Tiri...

Assalamualaikum..

Aurat seorang lelaki dgn Ibu Mertua Tiri (Perempuan yg berkahwin dgn ayah kepada isterinya tetapi bukan ibu kandung kepada isterinya tersebut)

sama kes Aurat seorang perempuan dgn Bapa Mertua Tiri...

--
Soalan ni dah dijawab http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=10104&

Tapi bila saya cek http://www.muftiselangor.gov.my/KoleksiDownload/download14072005/Fatwa%20Selangor%20PDF/Keputusan/1993/keputusan%20fatwa%20tahun%201993%20(3).pdf

Lain pulak.. (Dan yg kedua ni yg saya pegang selama nih.. :) Jadi konfius pulak.. dalilnya 2 2 pun sama.. boleh panel detailkan.. ?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0177 : Aurat dgn Mertua Tiri...

tak boleh bukak

===========

Not Found

The requested URL /KoleksiDownload/download14072005/Fatwa Selangor PDF/Keputusan/1993/keputusan fatwa tahun 1993 was not found on this server.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0177 : Aurat dgn Mertua Tiri...

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah, saya memperolehi teks fatwa tersebut :-

Quote:
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA' (FATWA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI PERNlKAHAN ANTARA MENANTU DENGAN IBU MERTUA TIRI

1. TAJUK PERSOALAN

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor telah menerima pengaduan daripada wakil jemaah Surau Kg. Pekan, Simpang Lima, Sungai Besar mengenai seorang ahli qaryah tersebut telah bernikah dengan ibu mertua tirinya.

Aduan ini dipanjangkan ke Bahagian Fatwa untuk mendapatkan keputusan Fatwa samada sah atau tidak pernikahan mereka berdua. Pernikahan tersebut melibatkan En. Mohidin bin Abd. Samad (Menantu) dengan Puan Arbaatun bte Hj. Maamun (Ibu Mertua tiri yang telah bernikah pada 29 November 1991 dan dinaikahkan oleh AF Tuan Kadi Sungai Besar.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

2. PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

2.1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

"Bahawa pernikahan di antara En. Mohidin bin Abd. Samad (Menantu) dengan Puan Arbaatun bte Hj. Maamun adalah sah, kerana ia tidak ada hubungan nasab keturunan atau ikatan perkahwinan yang diharamkan mengikut hukum Syara' dalilnya adalah :

Maksudnya :

Diharamkan kepada kamu berkahwin (perempuan-perempuan yang berikut), ibu-ibu kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara bapa kamu dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki dan anak-anak saudara kamu yang perempuan dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara sesusuan kamu dan ibu-ibu isteri kamu dan anak-anak tiri yang dalam peliharaan kamu dari isteri-isteri yang telah kamu campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telah pun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya), dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu, dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu, sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi, dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaja yang kamu membelinya, (diharamkan segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu, dan (sebaliknya), dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain dari yang tersebut itu" .

Daripada ayat yang disebutkan di atas jelas menunjukkan bahawa tidak ada larangan perkahwinan (pernikahan) emak mertua tiri itu diharamkan dalam Islam.

Benar kata Cikgu itu. Ibu Mertua Tiri bukanlah Mahram kerana Mushoharoh (Berkahwin) kepada menantu lelakinya. Cuma semasa menjadi isteri kepada Bapa Mertua, Ibu Mertua Tiri tersebut tidak boleh berkahwin dengan Menantu lelakinya tersebut, kerana dia masih isteri orang; iaitu wanita yang terhalang untuk dikahwini.

Maka setelah diceraikan, dia boleh berkahwin dengan menantunya, sepertimana didalam fatwa diatas. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين