SJ-12-0250 : Nak khawin dengan adik ipar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0250 : Nak khawin dengan adik ipar

Bagaimana cara yang terbaik untuk menghawini adik ipar saya mengikut peraturan syariah mengikut cara islam.

SJ-12-0250 : Nak khawin dengan adik ipar

Al-jawab :

Saudara tidak boleh berkahwin dengan adik ipar saudara selagi mana saudara masih mempunyai ikatan perkahwinan dengan kakak kepada perempuan tersebut.Sebagaimana firman Allah swt dalam surah an-Nisa’ ayat 23 :

ÍõÑøöãóÊú Úóáóíúßõãú ÃõãøóåóÇÊõßõãú æóÈóäóÇÊõßõãú æóÃóÎóæóÇÊõßõãú æóÚóãøóÇÊõßõãú æóÎóÇáÇóÊõßõãú æóÈóäóÇÊõ ÇáÃóÎö æóÈóäóÇÊõ ÇáÃõÎúÊö æóÃõãøóåóÇÊõßõãõ ÇááÇøóÊöí ÃóÑúÖóÚúäóßõãú æóÃóÎóæóÇÊõßõã ãøöäó ÇáÑøóÖóÇÚóÉö æóÃõãøóåóÇÊõ äöÓóÂÆößõãú æóÑóÈóÇÆöÈõßõãõ ÇááÇøóÊöí Ýöí ÍõÌõæÑößõã ãøöä äøöÓóÂÆößõãõ ÇááÇøóÊöí ÏóÎóáúÊõã Èöåöäøó ÝóÅöä áøóãú ÊóßõæäõæÇú ÏóÎóáúÊõã Èöåöäøó ÝóáÇó ÌõäóÇÍó Úóáóíúßõãú æóÍóáÇóÆöáõ ÃóÈúäóÇÆößõãõ ÇáøóÐöíäó ãöäú ÃóÕúáÇóÈößõãú æóÃóä ÊóÌúãóÚõæÇú Èóíúäó ÇáÃõÎúÊóíúäö ÅóáÇøó ãóÇ ÞóÏú ÓóáóÝó Åöäøó Çááøåó ßóÇäó ÛóÝõæÑðÇ ÑøóÍöíãðÇ

“Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Walaubagaimana pun , perbuatan menceraikan si kakak (isteri saudara) dengan tujuan untuk berkahwin dengan si adik adalah satu perbuatan yang tercela yang mengundang masalah yang lebih besar yang mana salah satu daripadanya ialah akan mengakibatkan hubungan kekeluargaan / persaudaraan antara si kakak dengan si adik musnah dan terputus serta saling benci membenci antara satu sama lain , lantaran perbuatan saudara yang menceraikan isteri saudara kerana mahu berkahwin dengan adik kepada isteri saudara.

Maka , fikir-fikirkanlah ia serta janganlah kita terjebak ke lembah hina dengan mengikut petunjuk syaitan...

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com