SJ-12-0251 : nak khawin tapi wali tak setuju

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0251 : nak khawin tapi wali tak setuju

Saya ingin berkhawin tetapi ayah kepada awek saya ini tak mahu jadi wali, kami dah 4 tahun terlanjur. Macam mana kami nak berkhawin?

SJ-12-0251 : nak khawin tapi wali tak setuju

al-Jawab....

Jawapan kepada persoalan saudara ini , sebenarnya boleh saudara perolehi daripada pegawai khidmat kaunseling yang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia.

Di Jabatan agama tersebut saudara akan diberikan kaedah dan jalan bagaimanakah caranya untuk berkahwin tanpa persetujuan wali mengikut Enakmen dan peruntukan undang-undang keluarga yang diguna pakai di negeri tersebut.

Saudara juga akan diberi khidmat nasihat serta tunjuk ajar yang berguna agar saudara bertaubat dengan taubat yang sebenar-benarnya di atas perbuatan maksiat yang telah saudara dan pasangan saudara lakukan selama 4 tahun serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali......

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com

SJ-12-0251 : nak khawin tapi wali tak setuju

sekadar melanjutkan perbincangan:.

Proviso dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri

13 - Persetujuan dikehendaki.

( a )Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada-

( b)wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syara'; atau

Hakim Syariah yang mempunyai bidangkuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syariah telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Hakim mengikut Hukum Syara' . Persetujuan tersebut boleh diberi jika wali tidak boleh dikesan atau jika wali enggan memberi persetujuannya tanpa sebab yang munasabah.